Jalan Demokrasi; Suatu Kebijaksanaan Pilihan PAS

KEMAMAN - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap memilih jalan demokrasi dan pilihanraya, walaupun ia diasaskan oleh barat dan bersedia untuk berjuang menegakkan Islam walaupun memakan masa yang panjang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/DSC_0054.JPGBeliau berkata, konsep politik yang diamalkan oleh barat itu merupakan ’suatu kebijaksanaan’ yang wajib diterima pakai oleh orang Islam hari ini.

Ustaz Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Kutipan Dana Kebajikan dan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, di Restoran Bangkok Geliga, Chukai, pada 30 Ogos lalu.

(Gambar - Tuan Guru Ustaz Hadi membuang undi sewaktu PRU 12 lalu)

Beliau berkata, Islam mendahulukan kebijaksanaan, kesabaran dan perdamaian dalam perjuangan menegakkan syariat Islam.

“Kita memilih jalan demokrasi walau pun demokrasi adalah amalan barat. Konsep politik yang diamalkan oleh orang barat.

“Tetapi ia (demokrasi) adalah satu kebijaksanaan yang wajib diterima oleh orang Islam kerana Islam mendahulukan kebijaksanaan, mendahulukan cara sabar dan mendahulukan perdamaian.

“Maka, kita (PAS) gunakan konsep ini dengan cara sepenuhnya walau pun memakan masa yang panjang,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Pelancaran Dana Pemuda PAS Kawasan Kemaman, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sikap PAS terbuka dan sedia berdailog dengan semua pihak dalam menyatakan perjuangan Islam sehingga berjaya memecahkan tembok-tembok pemisah dengan masyarakat bukan Islam.

“Kita (PAS) bersikap dengan cara yang terbuka, berdailog dengan semua pihak dan menyatakan apa dia Islam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/Perutusan31Ogos2009%20092.jpg“Hari ini, kita (PAS) telah berjaya memecahkan tembok-tembok pemisahan. Apabila kita (PAS) berjaya menembusi kawasan-kawasan yang sampai maklumat,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, pertembungan PAS dengan Umno merupakan suatu perkara yang sangat unik dan berbeza dengan gerakan Islam lain didunia.

Katanya, tindakan tersebut adalah kerana PAS terpaksa berhadapan dengan golongan penganut Islam yang jahil yang dihinggapi serangan pemikiran.

“Pertembungan kita (PAS) di dalam tanahair kita (Malaysia) ialah suatu pertembungan yang sangat unit, yang berbeza dengan keadaan yang lain.

“Kita menghadapi bangsa kita yang menganut Islam yang jahil yang tidak tahu yang dilanda oleh serangan pemikiran.

“Sebab itu, kita (PAS) tidak mudah untuk menunding jari dan melakukan tindakan yang tidak bijaksana dalam menghadapi kaum bangsa kita sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, PAS perlu bertindak secara bijaksana serta berhemah dalam menghadapi bangsa Melayu bernama Umno.

Last Updated ( Wednesday, 02 September 2009 02:14 )

Ulasan