Sambutan Eidul Fitri 1430

Ribuan Hadir Rumah Terbuka Presiden


Rhusila, MARANG
- Sambutan Idulfitri serta rumah terbuka Presiden PAS sederhana tetapi meriah meski pun Negara dalam situasi penularan wabak H1N1.
Seawal jam 8.00 pagi ribuan masyarakat umat Islam membanjiri Masjid Rusila Marang 

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/TGEid1.JPGbagi menunaikan solat sunat hari raya tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan khutbah solat sunat idulfitri mengingatkan umat tentang kewajipan menegakkan Islam dengan tugas berat menegakkan hukum syariat mengikut al-Quran melalui jihad dijalanNya

“Kita diwajibkan oleh Allah SWT menegakkan Islam dan kita ditugaskan menegakkan hukum syariat ikut al-Quran dan berjihad dijalan Allah Ta’ala.
.
“Tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam dengan memenangkan Islam dalam apa keadaan sekali pun (pejuangan),” tegasnya.

Menurutnya, kemenangan telah diberikan oleh Allah SWT kepada golongan yang sabar dalam perjuangan Islam.

Pada majlis sambutan rumah terbuka tersebut hadir sama bekas pegawai kewangan kerajaan negeri Terengganu, Dato’ Ibrahim A.Rahman, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta ribuan rakyat



Sambutan 1 Syawal di Pinang Merah Tetap Meriah

Paka, DUNGUN – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat merayakan 1 Syawal bersama anak qaryah Pinang Merah dan warga DUN Paka di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, disini, hari ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/raya_dewan.jpgSejurus selepas solat sunat Eidul Fitri, ratusan jamaah mengambil peluang bertemu dan bertanya khabar serta mengucapkan salam antara satu sama lain.

Selaku imam dan khatib, Ustaz Satiful menjadi tumpuan, lebih 500 jamaah termasuk anak-anak qaryah yang bekerja diperantauan, tidak melepaskan peluang bersalaman dengan beliau.


Turut memeriahkan suasana adalah anak-anak kecil yang hadir mengikuti ibu bapa mereka, apa lagi yang lebih menggembirakan bagi mereka dipagi lebaran seperti hari ini selain dari menerima ‘habuan’ duit raya.

Acara ‘menyampaikan sumbangan’ duit raya memang menjadi rutin, bagi perjumpaan setahun sekali itu, tanpa di arahkan anak-anak kecil berdiri didalam saf menunggu giliran masing-masing, menerimanya dari Ustaz Satiful sendiri.

Sementara itu, hidangan "GearBox" masak asam pedas dan mee udang ala Kuala Sepetang menjadi menu utama bagi menjamu selera. Namun begitu, hidangan satay tetap menjadi "buruan".

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/duitraya.jpgSebelum itu, dalam khutbah yang disampaikan, Ustaz Satiful memberikan peringatan kepada seluruh umat Islam agar terus berpegang teguh dengan Islam dan beristiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

”Apabila meninggalkan Islam dan perjuangan Islam, (sesungguhnya) bala dari Allah SWT yang menimpa tidak akan memilih siapa, malahan akan "menyapa" kesemua manusia,

"penularan wabak penyakit yang melanda negara mutakhir ini, adalah hasil akibat keangkuhan dan kesombongan pemimpin yang berdolak dalik, malah mempersendakan hukum Islam,

”mereka takut akan di"cop" oleh dunia, bahawa negara Malaysia mengamalkan hukuman syariah Islam, tetapi (meraka) tidak gentar dengan ancaman Allah SWT terhadap mereka yang melanggar syariatNya,”tegas Ustaz Satiful.

Menurutnya, itulah antara sifat ’pemimpin yang bertopengkan Islam’ untuk kepentingan mempertahankan pangkat dan kuasa semata-mata.

Sambutan 1 Syawal di Pinang Merah tetap meriah, walaupun hanya baru beberapa hari berlalu, kejadian lemas yang berlaku pada bulan Ramdhan telah meragut 3 orang kanak-kanak, termasuk anak Ustaz Satiful sendiri.

”Sisters In Islam” Agen Kepada Musuh Islam – Ketua Dewan Ulamak PAS


Manir, HULU TERENGGANU
- " 'Sisters In Islam' ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang,
http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/uhteidulfitri2.JPG"Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?,

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00,  dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !,"
kata Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markaz Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, disini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan,  Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan Penuh Dato' Ustaz Harun Taib;

Kenyataan Penuh Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib berkaitan tindakan ’Sisters In Islam’ dalam Isu Hukuman Rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno
___________________________________________________________________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang,  di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu. 

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ”maklum minaddin bi darurat”- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Soalan; Jadi kita nak katakan tindakan ’Sisters In Islam’ itu apa dia ?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00,  dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang?
Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !


Ustaz Harun Ucap Tahniah Kepada Kartika

Manir, HULU TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Harun Taib mengucapkan tahniah syabas kepada Kartika, kerana redha menerima hukuman sebatan yang dijatuhkan keatasnya akibat kesalahan meminum arak.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uhteidulfitri3.JPGBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengimamkan solat sunat Eidul Fitri di Markaz tarbiyah PAS Kubang Lembek, Manir, dekat sini hari ini.

”Kita ucap tahniah, kepada orang seperti Kartika, dan Kartika bukan orang yang pertama, tapi zaman RasuluLlah pun (sudah) ada, sepasang lelaki perempuan berzina tapi dia tidak dapat ditangkap,”ujarnya.

Katanya walau bagaimana pun si Lelaki telah bertemu RasuluLlah dan dia tahu dia bersalah dan mahu membersihkan dirinya.

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu Kartika yang redha menerima hukuman sebat yang telah diputuskan keatasnya.

Bagaimana pun, beliau menyelar tindakan ’Sisters In Islam’ yang mencabar keputusan tersebut, kononnya mendakwa ia adalah sesuatu yang zalim.

”Kartika tak apa-apa, orang lain pula yang kata zalim,”selar Ustaz Harun.

Ulasan