PAS Cabar Umno berdebat

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/khazan4.gif“Saya cabar Ustaz Khazan ( Exco Kerajaan Negeri) YB Khazan untuk berdebat atas tajuk (siapa lebih beragama) ini, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa syarat,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalam.

Beliau membuat cabaran tersebut ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat bahawa pemimpin Umno lebih ‘beragama’ berbanding dengan PAS. 

Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata menyifatkan pemimpin PAS ’kurang beragama’ kerana menolak perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan, dan menuduh PAS menolak penyatuan yang dituntut Islam.
Oleh itu, Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempelawa mana-mana pemimpin Umno berdebat atas tajuk tersebut, sekiranya Khazan tidak mampu.

Katanya, mungkin pemimpin Umno mempunyai bukti bahawa parti itu lebih baik dalam bab ‘beragama’.

“Itu yang kita (PAS) minta dia berdebat, yang dia berani mendakwa, kita belilah, dia jual kita belilah, mungkin dia ada bukti Umno lebih baik  (beragama) kita nak dengar lah,

“Sebab, bagi kita (PAS) Umno (parti) ini termasuk pemimpin dia (Umno) tidak(lah) baik, dari segi ugama tidak ada (yang) lebih baik dari PAS.

“(Saya bersedia jadi) ahli panel pada bila-bila masa sama ada secara solo dengan Khazan ke atau secara berkumpulan, bila-bila,” jelasnya.


”Saya bukan ajak…… saya suruh masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib

KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drasriharuntaib.jpgTribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).


Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)
 
Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN
  Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.


Cadangan Membina Surau di Pejabat Perhubungan

KUALA TERENGGANU – Perhubungan PAS Terengganu bercadang untuk membina sebuah surau dua tingkat diruang parkir sebelah kanan dalam kawasan bangunan pejabat di Taman Seri Intan, disini.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpgPegawai Kerja, Ustaz Zakaria Dagang berkata, apabila surau itu siap, ia bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada petugas PAS tetapi dibuka kepada semua muslimin dan muslimat.


”InsyaAllah, ia akan turut memberikan kemudahan kepada staf pejabat-pejabat yang berhampiran, bukan hanya kepada petugas pejabat PAS sahaja,

”ia amat bersesuaian dengan seruan ’PAS untuk semua’,”jelasnya.

Menurutnya pembinaan surau tersebut memerlukan kos kira-kira RM70,000.00.

Oleh itu, katanya, satu tabung ’Dana Bagi Pembinaan Surau’ telah dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan.

”Derma untuk pembinaan Surau tersebut boleh diserahkan kepada saya sendiri, atau berhubung dengan Bendahari PAS Negeri, Haji Muhyidin Abd Rashid,”jelasnya.




http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20tktbawah.jpg



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20tktatas.jpg

Ulasan