Pembangunan Yang Merugikan Rakyat

Pembangunan Yang Merugikan Rakyat

BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/buletin%204.JPG terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.

Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.

Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.

Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/buletin%209.JPG
Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.

Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.

Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.

Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/buletin%208.JPGSeorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.

Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.

“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.

“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.

Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/buletin%206.JPGSelain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.

“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,

”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.

Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.

Royalti Jadi Ehsan; Perbuatan Khianat dan Jahat

KUALA TERENGGANU – Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.(video didalam)
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/dato%27wan.JPGPenasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

”Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas,

”dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan,

”ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,”katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

Menurutnya, Dato’ Seri Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973.

”Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak ’tok’ dia, bukannya hak ’bapak’ dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,”tegasnya.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan ’lima peratus’ itu ditulis dengan terang dan jelas



Kes Tragedi Berdarah Batu Burok di Tangguh

KUALA TERENGGANU – Kes Azman dan Suwandi yang sepatutnya dibuka untuk perbicaraan pada hari ahad 8 November di mahkamah sesyen disini, ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/wajahterbarusuwandi.JPGPenasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui di Majlis Makan Malam DUN Alor Limbat di sebuah restoran disini semalam.

Pada 9 Disember tahun lalu, kedua-dua mereka telah dituduh oleh pandakwaraya menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok di sini 8 September 2007.


(Gambar - wajah terbaru Suwandi, ketika perbincangan berkenaan perbicaraan dua hari lalu)

Sebaliknya, kedua-dua mereka,  Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dari Pasir Panjang dan Suwandi Ab. Ghani, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, yang cedera selepas ’ditembak’ oleh pihak polis dalam ’tragedi berdarah’ tersebut.

Untuk mengimbas kembali tragedi yang menyayat hati itu, ia boleh dilayari dari :


Ulasan