Himpunan 2K ‘Orang Muda Geng Kita’ (H2kOMGK) Catat Sejarah


- BN diberi amaran, jangan selewengkan demokrasi

Pemaisuri, SETIU – PAS menerima demokrasi berparlimen sebagaimana yang diamalkan dan memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menggunakan cara lain dan ‘menutup’ demokrasi


Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani memberi amaran, pemuda PAS diseluruh negera akan bangkit menentang sebarang bentuk penyelewengan prinsip demokrasi.

”Kita bimbang keadaan ini (yang) berlaku di Malaysia, hari ini kami (PAS) menerima demokrasi berparlimen, kita beri amaran kepada Barisan Nasional (BN),

”kalau kamu guna cara lain, tutup dmokrasi, kalau kami menang (dalam pilihanraya) kamu (BN) tak serah Negara, kami pemuda (PAS) akan bangkit menentang kamu (dari) seluruh negara,”tegasnya dihadapan 2000 orang pemuda PAS yang berhimpun dalam program ‘Orang Muda Geng Kita’ bagi parlimen Setiu dan Besut di Kampung Bari Besar dekat sini, Jumaat, 29 Januari.

Menurutnya, kehadiran ramai pemuda pada Himpunan tersebut dan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang lalu, membuktikan pemuda PAS Terengganu sedang menuju kejayaan.

”Bukan di Besut (dan) Setiu sahaja kita bekerja (untuk kemenangan), (di) seluruh negeri Terengganu, InsyaAllah,

”rekod kita (pemuda PAS Terengganu) di HIMPIT, 10,000 kita himpun pemuda, tak mampu dilakukan dinegeri-negeri lain,”jelasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS Besut dan Setiu yang berhimpun untuk program H2KOMGK, merupakan satu sejarah, kerana berjaya mencapai sasaran.

Katanya, pemuda PAS Kelantan, walaupun mempunyai kerajaan, sekiranya dihimpunkan bagi dua kawasan parlimen, tidak mampu menghimpunkan seramai mana yang hadir pada hari ini.

Ulasan