Polis ‘Mat Gian’ Meningkat

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/perhimpunan_bulanan_ipk_terengganu_20100120_1949847996.jpgKUALA TERENGGANU - Bilangan polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Terengganu telah melambung tinggi, dimana terdapat tujuh kes pada tahun 2008, tetapi angka ini meningkat dua kali ganda tahun lalu.

Penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dikenalpasti sebagai kesalahan yang paling serius yang dilakukan oleh mereka tahun lalu.

(Gambar - nampak gagah, tapi ramai yang tewas dengan dadah)

Tiga belas anggota, di bawah pangkat Koperal kini sedang disiasat kerana kesalahan berkaiatan penyalahgunaan dadah dan mereka yang dituduh dan dihukum di mahkamah menghadapi risiko pemecatan dari jawatan.

Pihak pentadbiran PDRM sedang menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan disiplin lebih lanjut.

Sebahagian daripada mereka yang terlibat dengan dadah, tertangkap kerana memiliki pil psikotropik (psychotropic-type pills).

Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, yang terkini lapan anggta polis telah digantung tugas yang setelah ditahan sementara menunggu penyiasatan lanjut.

Beliau berkata penyalahgunaan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan di negeri Terengganu juga mencatatkan peningkatan pada tahun lalu dengan 67 kes yang telah dikendalikan oleh Jabatan Narkotik.

Jumlah tersebut katanya adalah melibatkan 12 anggota tentera.

Berbanding tahun 2008, katanya, hanya 59 pegawai negeri yang terlibat dalam kesalahan berkaitan.

SAC Mohd Sukhri juga memaklumkan sebanyak 9. 236 kes berkaitan penyalahgunaan dadah telah dicatatkan berlaku di negeri Terengganu sepanjang tahun lalu.

Ulasan