Tolak Golongan Kaya dan Berkuasa, Mengambil Harta Negara Secara Tidak Sah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/mingkai.JPGChukai, KEMAMAN - Persepsi orang Melayu terutama yang bergantung harap kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyukarkan perubahan sikap berlaku dalam negara ini.

Oleh itu, perubahan sikap orang Melayu ke arah sesuatu keadaan yang lebih baik agak lambat berbanding kaum lain seperti Cina dan India.













Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata demikian ketika berucap pada satu majlis penerangan di Kampung Dusun Nyior dekat sini, semalam.

Katanya, rakyat di negara ini perlu sepakat melakukan perubahan termasuk menukar kepimpinan negara.

Menurutnya, perubahan yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat adalah untuk satu Malaysia serta ke arah negara yang lebih baik.

“Kita (rakyat) perlu ubah semua sekali termasuk kepimpinan negara dan kita (rakyat) kena sepakat untuk itu (perubahan).

“Kami (Pakatan Rakyat) minta rakyat gunakan peluang keemasan (pilihan raya) ini untuk ubah kerajaan seluruh Malaysia,” tegasnya.

Beliau menyifatkan peluang pilihan raya bukan selalu dan hanya datang lima tahun sekali wajar dimanfaatkan dengan baik.

Katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional melakukan banyak kezaliman serta penyalahgunaan kuasa bagi menjaga kedudukan mereka.

Menurutnya, apa yang rakyat tidak boleh terima adalah kezaliman, penyelewengan dan penindasan oleh pemerintah.

“Saya tidak faham jika masih ada lagi orang Melayu yang sokong Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

“Umno-BN banyak melakukan kezaliman, penindasan dan penyelewengan harta rakyat dan rakyat masih sokong mereka (Umno-BN),” ujarnya.

Menurutnya, contoh kezaliman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Teoh Beng Hock dan ramai lagi membuatkan Umno-BN tidak boleh dimaafkan.

Justeru itu, katanya rakyat juga tidak boleh menerima golongan yang kaya dan berkuasa mengambil harta negara secara tidak sah.

Hadir sama pada majlis tersebut Adun Triang Leong Ngah Ngah, Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing

Ulasan