Beijing dan Singapura Melihat Potensi Pakatan Rakyat

Chukai, KEMAMAN – Pakatan Rakyat dilihat oleh Beijing dan Singapura mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasruddin mengambil peluang berbual dengan Mantan YDP Kemaman, Ustaz Awang Dagang)

Menurutnya, ketika beliau ke negri China atas urusan mencari dana Dewan Pemuda, beliau telah diundang untuk menjadi tetamu kepada beberapa ahli parlimen negara itu.

”Saya diundang oleh beberapa ahli Parlimen di China, saya dibawa ke Parlimen, saya tanya kenapa begitu penghargaan diberi kepada kami, sedangkan kami parti Islam,

”dia (ahli parlimen China) kata, kami nampak Pakatan Rakyat mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang di Malaysia,”ujar Ustaz Nasruddin.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut melihat Pakatan Rakyat dalam pandangan yang serupa.

Nasharuddin berkata, ahli politik veteran yang licik itu telah melahirkan dan menyatakan bayangannya masa depan perjuangan PAS dan bepotensi untuk menang.

”Sehingga dia (Lee) Tanya sekiranya PAS menang, nak buat pemerintahan yang macamana, nak perintah negeri macamana,

”kalau BN menang dia dah tahu dah macamana, cuma kalau Pakatan Rakyat menang, kalau PAS menang macamana, dia nak tahu,”ujarnya.

Justeru beliau berkata para petugas dan penyokong PAS yakin dengan potensi diri dan bekerja keras untuk menang dalam pilihanraya akan datang

Ulasan