Lelaki tersebut disyakki cuba memecah masuk rumah Encil Zamil pada kira-kira jam 5.00 petang.
Menurut isteri Encik Zamil, Juriah bt Abd Manaf, 45, ( Gambar kiri) beliau mendengar bunyi tingkap rumahnya diketuk dan ketika itu beliau menelefon suaminya.
Selepas beliau menelefon suaminya, Juriah berkata, beliau melihat seorang lelaki berada diluar rumahnya, melalui tingkap rumahnya.
”tapi selepas telefon suami, saya dapat lihat wajah lelaki itu, melalui tingkap rumah saya,”kata Juriah.
Anak perempuan Encik Zamil, Addrina, 15, berkata beliau bersama ayahnya di Kelab Menembak, sewaktu ayahnya menerima panggilan telefon dari ibunya.
Kata Addrina, sebaik menerima panggilan, ayahnya pulang bersendirian kerumah, dan meninggalkannya bersama kakaknya Juanizni, 15, di Kelab tersebut.
Jiran Encik Zamil, Nur Amalina Abdul Kadir, 36, seorang guru (kiri) memberitahu, beliau baru pulang dari sekolah sekitar 3.45 petang dan terus membuka komputer.
Nur Amila agak megantuk dan hanya sedar ada bunyi tembakan setelah diberitahu oleh anaknya.
”Saya tengah ‘on-line’ ketika itu, dan sedikit mengantuk, tak sedar bunyi tembakan kecuali apabila anak saya memberitahu,
”tapi saya menjawab, biarlah, mungkin orang menembak babi,”ujarnya
Nur Amalina mengetahui dengan jelasnya kejadian tersebut apabila beliau diberitahu oleh pembantu rumahnya, seorang Warga Indonesia.
Tupiah bt Ruju, 40an (Gambar bawah) ketika ditemui The Star berkata, beliau berada dibilik belakang, mahu menidurkan anak majikannya, ketika peristiwa tembakan berlaku.
Katanya, beliau mendengar ada pertengkaran berlaku sebelum terdengar bunyi dua das tembakan.
”Saya pun agak mengantuk, tapi terdengar macam ada orang bergaduh, kemudian saya dengar dua das tembakan,”kata Tupiah.
Seorang ahli Kelab Menembak Terengganu, Suhaimi Hamid, 45, yang ditemui di lokasi memberitahu, Encik Zamil adalah seorang bekas anggota tentera yang bertugas sebagai Jurulatih Skuad menembak, Majlis Sukan Negeri Terengganu. (MSNT).
Katanya, beliau di beritahu kejadian tersbut oleh Setiausaha Kelab Menembak, dan bergegas ke rumah Encik Zamil bagi mendapat gambaran sebenar kejadian.
Pihak polis sehingga 7.35 petang semalam, belum mengeluarkan sebarang kenyataan bekenaan kejadian berkenaan.
Ulasan