Presiden PAS Menyelamatkan Mangsa Lemas

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/SNC00029.jpg Rusila, MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari di pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.
Ahamad bercadang untuk beriadah dan mandi dibelakang rumahnya di Kampung Rusila, Marang.

(Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)

Namun rancangannya untuk bersantai bertukar menjadi tragedi yang hampir meragut nyawanya.


Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang Ahad (14 Februari) lalu yang hampir meragut nyawanya jika tidak diselamatkan dalam masa kurang 10 minit lagi.

Sehubungan itu, Ahamad yang ditemui, mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana ‘wira’ yang wajar diberi penghormatan serta penghargaan adalah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama anaknya Abdul Rahman.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Mat Jaga’ merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ‘Tok Guru’ dan syukur kepada Allah SWT.

“Saya ucap syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Tok Guru dan anak-anaknya yang berjaya selamatkan saya.

“Jika kurang dari 10 minit lagi, saya rasa…tentu saya akan mati kelemasan dan dihanyutkan ke laut,” jelasnya.

Dalam kejadian tersebut, Pok Mat bergelut hampir 30 minit bertarung dengan maut dan keletihan sebelum dapat diselamatkan oleh Tok Guru Haji Hadi dan anaknya itu.

Keberanian ‘Tok Guru’ yang sanggup menggadai nyawanya sendiri biar pun beberapa kali dipukul ombak besar untuk menyelamatkan mangsa lemas tersebut bukan ‘main-main’.

Dengan peristiwa cemas petang Tahun Baru Cina itu, jelas bahawa, Tok Guru Ustaz Abdul Hadi bukan sahaja berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia.

Sewaktu kejadian berlaku Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Mohamad Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Ulasan