Pelbagai Acara Festival DUN Chukai

Chukai, KEMAMAN - Pelbagai acara akan diadakan sempena Festival Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai bertemakan 'Islam Sebagai Cara Hidup' bakal disambut meriah selama tiga hari bermula 1 April di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai.
Pengarahnya, Haji Hanafiah Mat berkata, festival terbabit julung kali diadakan bagi menarik orang ramai menghayati kesenian Islam selain mendedahkan orang ramai dengan cara hidup Islam yang syumul.

“Pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari program berlangsung, antaranya, sudut ekspo, motivasi perjuangan dan pertandingan memancing,” katanya ketika ditemui wartawan Buletin selepas program gotong royong persiapan tempat Festival, semalan

Menurutnya, antara penceramah jemputan yang diundang ialah Ustaz Salahuddin Ayub, Ustaz Abu Bakar Chik dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tentatif penuh Festival Dun Chukai 2010 adalah seperti di bawah;
Hari Pertama
01 April 2010 ( Khamis )
03.00 Ptg – 12.00 Mlm : Expo
03.00 Ptg - 06.00 Ptg : Motivasi Perjuangan ”Santai”
Oleh : Prof. Dr. Asiah Ali
Tempat : Tepi Pantai Dataran Tok Guru Nik Aziz
02.30 Ptg - 06.00 Ptg : Pertandingan Memancing Tertutup Chukai
06.00 Ptg – 06.30 Ptg : Pertunjukan Silat
06.30 Ptg – 07.00 Ptg : Perasmian Festival Dun Chukai
Oleh : Ybg Dato Ust Hj Abu Bakar Chik
07.30 Mlm - 08.30 Mlm : Kuliah Maghrib Di Surau Batu 2
Oleh : Ybg Dato Ust Hj Abu Bakar Chik
09.00 Mlm – 12.00 Mlm : Ceramah Perasmian Festival Di Dataran Tok Guru
1) Yb Salahuddin Ayub
2) Yb Sivakumar
3) Ybg Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik
Hari Kedua
02 April 2010 ( Jumaat ­)
09.00 Pg – 12.00 Mlm : Expo
: Tazkirah Dhuha
Oleh : Ustaz Azhar Idrus
: Derma Darah
: Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi
09.00 Pg – 06.00 Ptg : Jualan Air Untuk Cabutan Bertuah
12.00 Tgh – : Jamuan Tengahari
03.00 Ptg - 06.00 Ptg : Sukan Pemuda (Darat & Laut), Sukan Nisa’ & Sukan Muslimat
09.00 Mlm – 12.00 Mlm : Malam Kesenian Islam Di Dataran Tok Guru
1) Ringgo
2) Saujana
3) Dinsman
Hari Ketiga
03 April 2010 ( Sabtu )
09.00 Pg – 12.00 Mlm : Expo
09.00 Pg – 06.00 Ptg : Jualan Air Untuk Cabutan Bertuah
09.00 Pg – 04.00 Ptg : Sukan Pemuda (Darat & Laut), Sukan Nisa’ & Sukan Muslimat
04.00 Ptg – 06.00 Ptg : Pembahagian Hadiah
09.00 Mlm – 12.00 Mlm : Ceramah Penutup Festival Di Dataran Tok Guru 1) Yb Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
2) Yb Ustaz Nasaruddin Mat Isa

Ulasan