Rakyat Hilang kepercayaan Kepada BN

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu kini semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said
Ia dizahirkan oleh ahli-ahli Umno sendiri yang sudah bosan dengan tingkah laku pemimpin mereka.

Yang terbaru, perjumpaan Ahmad dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) daerah Kuala Terengganu tidak mendapat sambutan dan telah menyebabkan Ahmad berang.

Sebelum itu, beberapa kes yang jelas menimbulkan kebencian dikalangan ahli-ahli Umno kepada kepimpinannya sendiri.

Antara yang paling menonjol adalah kes pembinaan jalan dan jambatan di Kampung Jeram Tokong dan perobohan rumah di Kampung Paya Bunga disini baru-baru ini

Selain itu, di daerah Hulu Terengganu, seramai 16 peniaga di Taman Che Ngah, Dalam DUN Ajil, di sini, kecewa apabila cara pembinaan Projek Ajil Interchange, Lebuh Raya Timur-Barat yang dilaksanakan di kawasan berkenaan dikatakan mengganggu kelancaran dan kerancakan proses urus niaga di situ.

Tambah merisaukan pemilik dan penyewa 16 lot kedai terbabit kerana ada dalam kalangan mereka berkemungkinan berhadapan risiko gulung tikar sekiranya pelaksanaan projek diteruskan, sedangkan mereka masih mempunyai pinjaman dengan pihak bank.

Sehubungan itu, wakil pemilik dan penyewa terbabit, Ariffin@Mohd Nasir Ismail, 54, merayu agar pihak berkaitan dapat memberi perhatian atas keluhan disuarakan itu, sekali gus mengambil langkah proaktif mengatasinya.

“Peringkat permulaan iaitu sekitar 2007, kami tidak risau kerana kerja mengukur tanah dilaksanakan di sebelah jalan iaitu sebelah kanan laluan Kuala Terengganu-Kuala Berang dan difahamkan projek ini hanya membabitkan kawasan berkenaan sahaja.

“Namun, pemilik dan penyewa bagaikan tersentap apabila projek pembinaan longkang telah melibatkan kawasan sempadan Taman Che Ngah iaitu di tengah-tengah jalan hadapan kedai dan perkara ini juga akan mengakibatkan keadaan struktur di sini tidak praktikal kerana kawasan tidak sama rata,” katanya.

Manakala di Batu Hampar dalam DUN Manir, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian, seramai 50 peserta Tanaman Pertanian Berkelompok Batu Hampar, di sini, memberi tempoh selama dua minggu kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan segera penangguhan bayaran pampasan yang dijanjikan sebelum ini.

Ini sebab, penantian sejak hampir empat bulan lalu untuk mendapatkan pampasan sebagaimana dijanjikan sehingga kini masih dilihat kabur tanpa sebarang jawapan pasti, meskipun pelbagai ‘layangan’ surat diajukan kepada pihak terbabit.

Pengerusinya, Sanek Awing berkata, tindakan membisu pihak berkenaan seolah-olah mencabar kesabaran peserta yang baru mahu merasai sedikit kesenangan dengan adanya projek dilihat mampu mengubah taraf ekonomi mereka.

Bagaimanapun, hasrat dan keinginan mereka tidak kesampaian apabila kerajaan memutuskan tapak yang sebelum ini dijadikan kawasan pertanian terpaksa ditarik semula untuk membangunkan projek perumahan kos rendah.

“Kami bukan hendak :mempersoalkan projek pembangunan :yang mahu dilaksanakan kerajaan, sebaliknya memohon agar :perjanjian memberikan pampasan ditunaikan sebaiknya kerana kebanyakan peserta adalah golongan kurang berkemampuan.

“Malah sehingga kini, kami masih tidak nampak perkembangan yang menunjukkan pampasan boleh diperoleh dalam masa terdekat,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika ditemui selepas mengadakan piket di hadapan Masjid Batu Hampar, di sini.

Menurutnya, pihak berkenaan digesa mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh dua minggu yang diberikan itu sebelum tindakan lebih tegas diambil bagi memastikan hak mereka tidak diperlekehkan mana-mana pihak.

“Kami kesal dengan tindakan pihak berkenaan kerana gagal menunaikan janji dan begitu mudah mengambil tindakan tanpa mengambil kira kesusahan dihadapi orang seperti kami.

“Jika tiada tindakan dibuat dalam tempoh dua minggu ini, kemungkinan keadaan akan bertambah rumit kerana kebanyakan peserta tidak sanggup lagi membiarkan hak mereka dipandang remeh,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan perkiraan yang dibuat bersama semua peserta tanaman terbabit, pampasan sejumlah RM300,000 yang dibuat itu adalah munasabah dengan hasil dan kerugian terpaksa ditanggung mereka selepas projek berkenaan terpaksa dihentikan.

Projek tanaman yang dimulakan kira-kira pertengahan tahun lalu itu disertai golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan graduan

Ulasan