Umno/BN Silap Polisi Dan Salah Urus


- Dalam Mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU
– Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pelbagai masalah dalam melaksanakan tadbir urus kerajaan yang
baik kerana meletakkan polisi yang tidak betul dan melakukan banyak kesalahan dalam pengurusan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut merumuskan demikian ketika menutup bicaranya dalam majlis dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (DPPCT) Terengganu di sini semalam.


Menurutnya, polisi yang memberikan ruang kepada orang-orang yang susah dan miskin untuk berusaha tidak ada dalam kerajaan Umno/BN kini.

Sebaliknya, kata beliau, ketika PAS memerintah Terengganu, kerajaan memberikan ruang yang luas kepada rakyat untuk berusaha mencari rezeki, umpamanya memberikan rakyat lesen untuk mendulang secara persendirian.

Katanya, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan tidak akan berjaya kerana agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat telah berubah polisinya menjadi syarikat korporat.

”Dulu zaman Tun Razak, (polisi) dia nak tolong orang Melayu miskin, dia buka tanah, buka Rancangan Felda,

”tapi (polisi) Felda sekarang semua sudah ‘corpratised’ (menjadi korporat), minta tanah buat ladang, tapi tidak masukkan peserta,

”di Terengganu, sebagaimana di bentang dalam sidang DUN, sebanyak 65,000 hektar lading Felda tidak ada peserta,

”sepatutnya, dengan jumlah itu, dia boleh bawa masuk 6,000 orang peneroka dan boleh selesai masalah 6,000 orang miskin di Terengganu,”jelasnya.

Sebelum itu, semasa memberikan ucapan awal, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu telah menyenaraikan perkara-perkara yang dianggap sebagai ‘salah urus’ yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Antaranya, kata beliau, sumber ekonomi negeri tidak dijana bagi mendatangkan hasil kepada negeri, sebaliknya, Umno/Bn Terengganu hanya menadah tangan ‘minta sedekah’ kepada kerajaan Pusat untuk mendapat wang bagi menguruskan bajet setiap tahun.

Turut hadir dan memberikan pandangan dalam Majlis Dailog tersebut adalah Dato’ Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri Terengganu yang telah berkhidmat selama 30 tahun.

Ulasan