Wang Ehsan Punca Rasuah, Salah Guna Kuasa

Batu Burok, KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemberian wang ehsan adalah punca amalan rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno.

Bercakap
dalam Majlis Dailog anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu disini semalam, bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak mengesahkan banyak salah guna kuasa berlaku ekoran penyaluran wang ehsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ehsan) sebab (mereka) tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ehsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” katanya merujuk kepada kejadian bangunan rosak dan runtuh yang berlaku di negeri kerajaan.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir ke majlis dialog semalam yang berlangsung di dewan utama TER yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 orang, namun Pengerusi Majlis Dailog Cikgu Husin Ismail menganggarkan hampir 6,000 orang hadir dengan limpahan kehadiran sehingga memenuhi ruang legar di luar dewan.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali, GTimbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Husam Musa yang juga pengerusi jawatankuasa khas isu royalti negeri itu.

Ulasan