Pemuda DUN Tepoh ; Berani ‘Tepuh’ Pelbagai Cabaran


Tepoh, KUALA NERUS – Pemuda PAS DUN Tepoh, InsyaAllah, dengan namanya itu akan berani menempuh pelbagai cabaran dalam usaha menegakkan Islam di bumi Terengganu Darul Iman.

”Kita yakin dan percaya dengan pemuda-pemuda kita, sesuai dengan nama pemuda Tepoh, ia akan menempuhi pelbagai cabaran, membujur lalu melintang patah,

”InsyaAllah, pemuda Tepoh melangkah maju kehadapan penuh perkasa mempunyai daya juang yang tinggi,


“menyahut cabaran mengalahkan musuh kita dalam perjuangan menegakkan Islam dibumi Trengganu, khususnya di DUN Tepoh,”kata Ustaz Abu Bakar Abdullah, Yang DiPertua PAS Kuala Nerus semasa majlis pelancaran dan peleoasan para peserta Explorace Pemuda DUN Tepoh, 2 April, Jumaat.

Beliau juga yakin, mereka yang menyertai program tersebut merupakan pemuda pilihan, yang akan menimba latihan bagi meningkatkan disiplin diri masing-masing.

Dengan itu, katanya, dengan aktiviti lasak itu, pemuda-pemuda tersebut akan mampu menangani apa jua permasalahan menghadapi liku-liku perjuangan.

Seramai lebih 100 pemuda DUN Tepoh bergerak secara konvoi dengan kenderaan secara bermotosikal, kereta dan bas dari Kampung Gemuroh disini menuju ke Lata Belatan, Besut.

Menurut seorang peserta Explorace pemuda DUN Tepoh, sepanjang perjalanan, para peserta yang berkereta dan bermotosikal diberi beberapa petunjuk bagi menjawab soalan kuiz.

”Kita diberi petunjuk untuk menyelesaikan misi dengan menjawab soalan kuiz, berhenti dan mengenal setiap markaz PAS yang ditentukan,

”ia memberikan ilmu dan pengalaman yang begitu bermakna bagi pemuda-pemuda,”kata Ahmad Faizol, yang juga Ketua Pemuda Cawangan Kampung Bukit Berangan.

Beliau berkata, selain meningkatkan kekuatan spiritual dengan kuliah dan ibadah, para pemuda dilatih dengan latihan fizikal menerusi acara sukan dan ‘jungle trekking’.

”Ditapak perkhemahan (Lata Belatan) setiap peserta diwajibkan bersembahyang secara berjamaah dan kuliah maghrib disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Besut, Usaz Wan Azhar,

”walaupun terasa amat letih, dengan program yang begitu padat, namun ia telah memantapkan lagi kerjasama dan perpaduan dikalangan pemuda”jelasnya.

Ulasan