Kerajaan Umno/BN Terengganu Cuba Pulih Imej


- Kenyataan Akhbar Isu Pengagihan Lot Tanah RTB Di Langkap, Setiu
Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia Rabu 19 Mei 2010 yang menyatakan Kerajaan negeri Terengganu akan mengagihkan kira-kira 500 lot kediaman Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kepada penduduk kampung bagi mengatasi masalah kesulitan tempat tinggal di empat lokasi di Langkap, tahun ini.

Antara kawasan terbabit ialah Chalok Kedai (130 lot), Sungai Lerek (120 lot), Merbau Menyusut (120 lot) dan Kampung Bukit (120 lot).

Sukacita dimaklumkan, langkah mengagihkan lot-lot tanah kediaman Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kepada rakyat yang berhak adalah antara fokus utama Kerajaan Terengganu pimpinan PAS antara tahun 1999 – 2004. Puluhan ribu lot tanah RTB telah diagihkan kepada rakyat yang tidak bertanah dalam bentuk pemberian Lesen menduduki Sementara (LMS) sebelum proses pemberian geran kekal dilakukan. Tidak terkecuali di Daerah Setiu amnya dan DUN Langkap khususnya.

Selepas pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan pasca pilihanraya Umum 2004, Kerajaan BN telah bertindak zalim dengan tindakan pembatalan Lesen Menduduki Sementara(LMS), Tanah yang diagihkan Kerajaan Pas Sebelum ini dirampas secara zalim malah ada rakyat yang telah mendirikan rumah di tanah tersebut, dirobohkan! seperti yang berlaku di Pengkalan Merbau, DUN Langkap. Bagaimana kes seorang anggota tentera yang baru pulang bertugas, masih lengkap beruniform menangis pilu di atas runtuhan rumahnya di RTB Pengkalan Merbau. Bukan setakat rumah penduduk, malah rumah Allah yang didirikan juga tidak terkecuali dari menerima nasib sama, dirobohkan, seperti kes di RTB Bujal. Dendam kesumat kerajaan BN lebih terserlah apabila apabila rakyat yang telah menjelaskan bayaran premium tanah bagi proses pengeluaran geran kekal menerima surat dari Pejabat Tanah Daerah yang mengarahkan pemohon supaya mengambil balik bayaran premium yang telah dibayar dan permohonan mereka dibatalkan.

Kini Kerajaan BN Terengganu cuba memulihkan imej dengan berlagak baik dan prihatin dengan keperluan rakyat walaupun tindakan mereka seumpama lembu punya susu, sapi punya nama. Tindakan Kerajaan BN mengagihkan lot-lot kediaman RTB tidak labih dari sekadar mengulangi atau penerusan dari langkah Kerajaan Pas Terengganu sebelum ini lantaran sebahagian besar lot RTB yang akan diagihkan itu memang telah sedia diagihkan antara 1999-2004 kepada rakyat yang berhak ataupun dalam perancangan akhir untuk diagihkan tetapi tidak sempat dilakukan ekoran perubahan kerajaan selepas PRU 11. Langkah Kerajaan BN Terengganu ini juga secara langsung mengiktiraf perancangan rapi dan tindakan bijak Kerajaan Terengganu pimpinan Pas sebelum ini.
Dr Azman Ibrahim
Ketua Penerangan Pas Setiu

Ulasan