ADUN Bukit Tunggal Turun Pasar Selami Masalah Peniaga

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_6920.JPGKUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak turun ke pasar Batu Enam disini bagi menyelami masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh para peniaga dan pengunjung pasar tersebut.

Menurutnya, masalah besar sekarang ini dihadapi oleh para peniaga buah hadapan pasar Batu Enam yang telah ‘menganggur’ selama lebih setahun setengah.

(Gambar - Dr Alias berbaju Oren, bersama para petugas Batu Enam mengedarkan rislah kepada pengunjung pasar Batu Enam)

“Peniaga buah tidak boleh berniaga dan hilang pendapatan selama setahun setengah kerana pembangunan kedai-kedai baru,

“saya tak tahu apa masalah sebenarnya, tapi kedai-kedai baru yang telah siap sekian lama masih belum diserahkan kepada para peniaga,”katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut, semalam.

Katanya, gerai-gerai buah peniaga terbabit telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan itu, namun ia mengambil masa yang terlalu lama.



Oleh itu beliau memohon kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya mempercepatkan sebaran urusan kerana ia melibatkan ‘periuk nasi’ peniaga terbabit.

Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Kuala Nerus, Mustafa Ismail.

Ketika mengulas isu berkenaan, Mustafa berkata beliau dimaklumkan oleh pihak MBKT, kedai-kedai baru tersebut hanya akan dapat digunakan pada bulan Ogos depan.

Menurutnya, pihak MBKT perlu membaik pulih beberapa kerosakan dan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, sebelum menyerahkannya kepada para peniaga.

Turut bersama rombongan Dr Alias adalah, para petugas Unit Peti Undi (UPU) Batu Enam yang mengedarkan risalah penerangan PAS bagi memberikan kesedaran awam kepada peniaga dan pengunjung pasar Batu Enam

Ulasan