Dakwah Islahiah Kepada Orang Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_6301.JPGKOTA BHARU – Para pemuda diminta membuat persediaan kerana rakyat melihat Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Wakil pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, kepincangan dalam proses tarbiyah akan membahayakan perjuangan PAS.

(Gambar - Ustaz Kamaruzzaman, kanan, menghadiri Muktamar Pemuda semalam)



“Sekarang orang melihat alternatif kepada Barisan Nasional adalah Palkatan Rakyat, Kami mengharapkan kepada seluruh perwakilan (pemuda) dan pemerhati memikirkan sama-sama, sekiranya kepincangan berlaku dalam proses tarbiyah, maka hasilnya adalah (masalah) wala’,”tegasnya., ketika membahaskan Ucap Tema Mukatamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 51 disini Khamis, 10 Jun

Menurutnya, akan berlaku perselisihan pendapat dan perpecahan dikalangan ahli-ahli PAS sekiranya terdapat masalah wala’ dikalangan patra ahli.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu turut menyarankan agar para pemuda tidak terlalu yakin dengan sokongan bukan Islam lalu meninggalkan ‘dakwah Islahiah’.

Katanya, dakwah Islahiah kepada orang Islam supaya kembali menghayati ajaran Islam adalahj dikhususkan kepada orang-orang Umno.

Ulasan