Orang Muda di Pelawa Berpolitik Dengan ‘Politik Dosa dan Pahala’

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/OMGK%20KNerus%20021.jpgKUALA NERUS - Pemimpin Umno menanamkan pemikiran khurafat, bidaah dan karut ke dalam ‘kepala’ umat Melayu Islam, dengan menganggap politik tidak ada kaitan dengan agama.

Mereka beranggapan demikian kerana mereka meyakini bahawa politik tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika merasmikan dan melancarkan Himpunan Perdana ‘Orang Muda Geng Kita’ Peringkat Parlimen Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, semalam.


“Saya secara langsung fokus untuk mengajak, anak muda melihat senario politik yang ada pada hari ini, kerana politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam,

“sebagaimana ruh tidak boleh dipisahkan daripada jasad, kalau ruh dipisahkan daripada jasad, maka matilah jasad,”katanya ketika memulakan ucapannya.

Menurutnya, dalam Islam, politik adalah kuasa bagi menjaga, melaksana dan memenuhi segala tuntutan Allah dan Rasulnya SAW.

Oleh kerana politik itu penting dalam Islam, beliau mengajak para pemuda untuk berpolitik dengan politik Islam.

“Anak muda mesti melihat bahawa politik ini penting, diatas kepentingan inilah perjuangan PAS dasatrnya Islam, mengajak seluruh manusia, bila berpolitik, berpolitik dengan politik Islam,

“berakhlak dengan Islam, beribadat dengan Islam, berniaga dengan Islam (oleh itu) berpolitik dengan (politik) Islam,”tegasanya.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyeru agar orang-orang muda mesti bangkit memperbetulkan pemimpin Umno.

Katanya, Umno Terengganu mesti ditumbangkan kerana mereka telah menipu orang-orang muda,

Menurutnya bermula pada tahun 2004, kerajaan Umno yang mengambil alih kerajaan negeri Terengganu telah menjanjikan peluang sebanyak 25,000 pekerjaan kepada orang muda.

Namun katanya, janji tersebut adalah suatu pembohongan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu.

Ulasan