Perang Gaza Membuka Mata Dunia

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/gazawar.jpgMARANG - Perang yang berlaku diantara Israel dengan pejuang Hamas di Gaza pada tahun 2008/2009 telah menyedarkan masyarakat antarabangsa dan membangkitkan jihad umat islam seluruh dunia.
Perang tersebut menunjukkan kebodohan rejim Israel yang kini sedang menunggu saat-saat kehancuran dan kebinasaan.

Wakil Hamas, Dr. Syekh Abu Ubadah berkata, orang-orang yahudi menerima balasan demikian, yang merupakan berkat dari doa umat sekelian seluruh dunia.


”Mereka merancang menghancurkan rakyat Palestine, namun (sebaliknya) menyebabkan kebangkitan umat Islam seluruh dunia (menyokong Palestin),”katanya ketika menyampaikan ucapan di satu Majlis di Perkarangan majlis Rudila, disini semalam.





Menurutnya, pihak zionis telah mengepung Gaza, sebelum menyerangnya.

Kepungan tersebut meninggalkan kesan yang amat dahsyat kepada penduduk Gaza yang hidup dalam kekurangan makanan, wang ringgit dan senjata.

Walaupun begitu, katanya, Israel mengalami kekalahan berdepan dengan pemuda-pemuda Hamas yang mempertahan bumi Gaza.

”Gaza adalah merupakan Bandar yang sangat kecil 40 km lebar 80km panjang, apabila Israel menyerang Gaza, selama 23 hari pejuang Islam (Hamas) berjaya mempertahankan,

”(mereka) berdepan dengan tentera Israel yang sangat canggih, dibantu dengan Amerika dan sekutunya, namun pejuang Islam di Gaza berjaya,”jelas Syeikh Abu Ubadah.

Katanya, peluru roket dan bom yang digugurkan oleh Israel adalah produk Amerika, antaranya seberat 100 dan 200 kilo, cukup hebat.
Namun, beliau berkata, Allah SWT telah menurunkan senjata ‘takut dan gerun’ yang dilontarkanNya kedalam hati-hati tentera Zionis.
“Senjata itu (gerusn dan takut) menyebabkan ramai tentera Israel yang membunuh diri, dan takut ke medan perang,

”kerana mereka tahu, pejuang Islam kasih kepada mati, sebagaimana mereka kasih untuk hidup.”tegasnya

Ucapan Dr. Syeikh Abu Ubadah telah diterjemahkan langsung, secara bebas, oleh Exco Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, yang juga anak Presiden PAS.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz dato' Harun Taib, Timbalan Pesuruhjaya Dato' ustaz Abu Bakar Chik, pemimpin Jamaah Islah Eiretria, Dr. Adam Haris dan beberapa pemimpin kanan Terengganu
.

Sebanyak RM15,000 telah berjaya dikumpulkan pada ceramah yang diadakan semalam dalam rangka menghantar bantuan ke Gaza menjelang Ramadhan al-Mubarak akan datang.

Ulasan