Seberang Takir 'Port' Maksiat

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/khalwat1.JPG- Kerajaan Tidak Minat Untuk Kurangkan Kejadian 'Zina' Jalanan?

KUALA TERENGGANU
-  Kerajaan negeri Terengganu tidak berminat untuk mengurangkan kadar 'Zina' jalanan yang menjadi 'trend' remaja dan muda-mudi bermasalah.

Tidak kurang 10 pasangan yang ditahan setiap hari oleh sukarelawan penguatkuasa syariah, namun selepas proses perbicaraan, tidak ada tindakan susulan diambil.


Seorang dari sukarelawan tersebut yang ditemui Buletinonline berkata, kerajaan juga tidak menambah jumlah penguatkuasa syariah sepenuh masa bagi memantau dan mengambil tindakan keatas tempat panas yang menjadi tumpuan (port) kaki maksiat.

"Pantai sepanjang Teluk Ketapang sehingga Tok Jembal adalah menjadi kegemaran kaki maksiat ini, berbanding orang awam, ramai daripada mereka adalah dikalangan pelajar dari institusi pendidikan tinggi,"ujarnya yang tidak mahu dikenali

Menurut pengalamannya, kata beliau, sebahagian besar pasangan itu ditangkap itu melakukan zina atau muqaddimah zina di balik pohon kelapa, batu, di dalam kereta dan secara terbuka di pantai .

"Untuk pasangan non-Muslim, kita hanya boleh menasihati mereka supaya tidak melakukan berbuatan yang tidak bermoral itu yang menjadi suatu perkara sensitif dikalangan penduduk tempatan, tetapi kepada pasanan berugama Islam yang tertangkap akan didakwa di Mahkamah Syariah," katanya

Kebiasaannya, kata beliau, tempat-tempat panas (hotspot) akan menjadi tumpuan untuk menangkap para penzina jalanan sedang beraksi .

" Kami mendengar suara nafas berat dan berciuman, kami kemudian bergerak masuk dan menunggu, walaupun jarak antara kami dengan pelaku begitu dekat, namun kerana syok akibat 'rasukan' syaitan, mereka tidak sedar,

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/khalwat2.JPG"apabila di suluh (dengan lampus suluh) barulah mereka terkejut, ada yang separuh bogel dan ramai yang tidak malu, mereka tertangkap bertelanjang,"jelasnya.

Beliau mengatakan petugas penguatkuasa syariah terpaksa 'mengintai' bagi mendapatkan bukti yang jelas kerana ia merupakan 'prosedur' untuk mendapatkan bukti bagi tujuan pendakwaan .

"Saya juga ada anak perempuan dan kadang-kadang saya merasa kasihan pada ibu bapa pasangan muda yang ditangkap," katanya yang menambah, ramai pasangan pelajar atau orang muda yang ditangkap sebenarnya telah mengkhianati kepercayaan kedua ibu bapa mereka.

Kedua orang tua mereka berharap agar anak-anak mereka berkelakuan baik dan cemerlang dalam pendidikan. .

Penguatkuasa Sukarelawan yang berumur 48 tahun tersebut mendakwa, kebiasaannya beliau dapat menangkap seramai 200 pasangan sebulan.

Sepanjang beliau berkhidmat sekurang-kurangnya 1,200 pasangan telah diberkas.

Ulasan