Ahmad Nafi Pilih Lokasi Institut Jantung Dekat Kampungnya

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/TGsidangdun.JPGKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pemilihan lokasi penempatan Institut Jantung Negeri (IJN) Terengganu di kawasan Kijal, Kemaman adalah kerana beliau merupakan anak kampung kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman disini 9 Ogos.

Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menjelaskan pemilihan lokasi itu dilakukan kerana kerajaan negeri telah membeli sebuah resort di Kijal yang dikenali sebagai Strawbery Park dengan harga murah iaitu RM27 juta berbanding harga asal RM65 juta.

"Resort berada di tepi pantai dan tasik, sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan, bukan kerana saya orang Kijal," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata resort itu kini dalam proses pengubahsuaian terutama untuk dewan bedah dan beberapa kemudahan lain dan kerajaan negeri juga telah mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan untuk dapatkan dana bagi membeli peralatan dan mesin untuk pusat jantung itu.

Menurutnya IJN itu bakal beroperasi secara serampang dua mata iaitu membantu rakyat Terengganu yang miskin merawat penyakit tersebut dan menjana pendapatan melalui perkhidmatan kepada rakyat negeri lain khususnya di Pantai Timur.

Ulasan