Bantuan Anak Yatim Turut diPolitikkan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/isteriadunwmemplam.JPGKUALA TERENGGANU – Bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin mestilah diberikan kerana mereka adalah golongan yang wajib dibantu oleh pihak yang berkemampuan, terutamanya kerajaan yang memerintah.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam, Radzali Abdul Ghani (Gambar bawah, berbaju hijau putih) meningatkan semua pihak, peranan menjaga anak-anak yatim sangat besar ganjaran di sisi Allah SWT.

Menurutnya, hak anak yatim dan fakir miskin termaktub dalam ajaran Islam dan tidak wajar boleh berlaku ‘pilih kasih’ dalam membantu golongan tersebut

(Gambar kiri - Isteri ADUN Wakaf Mempelam Wan Fatimah Wan Abdullah turun padang meraikan anak-anak yatim)

Namun begitu, menurut Radzali, terdapat di kalangan keluarga yang memelihara anak-anak yatim dan fakir miskin dinafikan hak menerima bantuan oleh pemerintah kerana sentimen politik berbeza.

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/wanradzali.JPG“Golongan ini (anak yatim dan fakir miskin) perlu dibantu mengikut hak yang diwajibkan dan tidak berlaku ‘pilih kasih’ terhadap mereka.

“Kita (PAS) ada menerima aduan terdapat di kalangan anak-anak yatim dan fakir miskin disekat bantuan mereka kerana fahaman politik berbeza,” tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Fakir Miskin di sebuah restoran dekat Padang Midin, disini, semalam

Menurutnya, pihak ‘berkuasa’ bawahan yang akan menentukan kelayakan seseorang itu adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang seringkali tidak berlaku adil.

Program yang dianjukan oleh Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam dan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam telah meraikan seramai 160 orang anak yatim dan fakir miskin

Ulasan