'Perbuatan Terkutuk' Zina dan Buang Bayi Semakin Membarah!

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/kam1618(d)-baby4.JPG- bayi ditemui di pintu pagar
KUALA TERENGGANU - Perbuatan terkutuk zina dan pembuangan bayi tidak boleh dipandang ringan dan mesti ditangani segera kerana ia semakin 'membarah' di negeri ini.

Terbaru, Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui di hadapan pintu pagar, rumah seorang anggota polis di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam 17 Ogos.

Ironinya, mereka yang tidak berhati perut itu, seolah-olah mahu bayi hasil hubungan haram itu diselamatkan.

Oleh itu, tindakan mereka, bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut adalah seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Kontingen, Kuala Terengganu

Bayi tersebut ditemui oleh seorang remaja perempuan Nur Hafiana Marzuki, 19, kira-kira jam 10.15 malam di atas rumput hadapan pintu masuk pagar rumahnya dalam keadaan berbogel tanpa secebis pakaian.

Sejurus selepas bayi ‘malang’ tersebut ditemui dan diambil oleh Nur Hafiana terus diselimutkan dengan tuala sebelum menghubungi ibubapanya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.

Menurutnya, kejadian penemuan bayi tersebut amat mengejutkan ahli keluarga berkenaan dan jika terlambat diselamatkan kemungkinan boleh mati kesejukan.

“Kira-kira jam 10.15 malam saya mahu keluar ke kedai dan terjumpa seorang bayi lelaki dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar rumah saya.

“Selepas diambil (bayi) saya masuk semula ke dalam rumah dan menyelimuti bayi itu dengan kain tuala saya.

“Dan saya terus menghubungi ibu dengan memberitahu kejadian penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh ibubapanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Encik Marzuki Hamid, 44, (Gambar) merupakan seorang anggota Polis di IPK Kuala Terengganu yang berkhidmat di bahagian Hal Ehwal Awam.

Menurutnya, ketika kejadian beliau bersama isteri serta anak-anak lain berada di bandar Kuala Terengganu atas urusan keluarga.

“Saya terkejut apabila diberitahu oleh anak (Nur Hafiana) melalui panggilan telefon tentang penemuan bayi itu.

“Setelah pulang ke rumah, saya terus membawa bayi itu ke hospital (HSNZ) dan membuat laporan Polis,” jelasnya.

Ulasan