Sidang Dun Terengganu Paling Ketat DiKawal

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/P1170448.JPGKUALA TERENGGANU - Sebanyak 95% seolan-aolan bertulis dan lisan yang dikemukakan oleh wakil-wakil PAS kepada Dewan Undangan Negeri yang bersidang 8 dan 9 Ogos telah dotolak oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) a Terenggsnu.

Menurut Wakil Rakyat PAS Kawasan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, lapan soalan yang dikemukakannya, 4soalan lisan dan 4 soalan bertulis turut di tolak tnpa sebarang alasan.

(Gambar - Syed Azman menunjukkan suatu dokumen kepada Presiden PAS dalam sidang DUN yang brakhir semalam)

"Antara soalan saya adalah saya bertanya berapa ramaikah jumlah penagih dadah di begri Terengganu, soalan yang mudah itu pun ditolak,"katanya ketika berucap dalam Majlis Cermah Isu Sidang DUN di sini 9 Ogos.

Menurutnya,soalan tersebut dikemukakan berikutan kenyataan Polis diRaja Malaysia yang telah mengisytiharkan bahawa penagih dadah paling ramai seluruh Malaysa adalah daroi negri Terengganu.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu yang tidak menyiarkan perjalanan Sidang DUN secara langsung melalui internet.

Katanya, beliau difahamkan, melalui laman web kerajaan negeri, telah diumkumkan bahaw siaran langsung akan diadakan.

Sebaliknya, kata beliau, pada hari sidang DUN dimulakan, arahan telah dikeluarkan supaya tidak dilaksanakan siaran secara langsung tersebut.

"Ia satu tindakan mwenunjukkan Umno/BN takut apabila rakyat mengetahui cerita sebenarnya apa yang berlaku dalam Sidang DUN,

"Dengan itu mereka menyekat kebebasan rakyat untuk mendapat maklumat,"ujarnya.

Ulasan