Binatang liar itu tidak takut dan langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai, malah 'berani' mencari makanan dari sisa terbuang di tong sampah yang disediakan Majlis Bandaraya Kuala Kerengganu (MBKT)
(Gambar - ........ "Babi MBKT??" gelar penduduk sekitar kejiranan rumah murah Taman Permint Perdana, kerana kgemaran haiwan liar itu mencari makan di Tong Sampah MBKT)
"Saya bimbang, binatang itu mungkin membawa penyakit, saya ada terbaca, penyakit 'selsema babi' adalah bawaan dari babi hutan,"katanya ketika kepada Buletinonline.
Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana menurutnya kawasan tempat babi itu berkeliaran adalah laluan orang awam.
Manakala seorang peniaga kecil-kecilan, Roslan Zakaria, 49, berkata kehadiran haiwan tersebut menjadi ancaman kepaa penduduk Taman itu terutamanya kepada kanak-kanak.
"Kawasan tempat babi itu muncul adalah kawasan tanah lapang, tempat kanak-kanak bermain, binatang itu mungkin menyerang, siapa yang akan bertanggungjawab,"katanya.
Justeru belaiu mendesak pihak berwajib bertindak segera sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini.
"Kalau sudah berlaku, ada yang kena serang, baru nak bertindak, tak ada gunanya,"tambahnya
Ulasan