ECER – Keretapi sudah ter’cecer’

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/KKRS1.JPG- Minta siasatan dijalankan segera.
KUALA TERENGGANU
– Belum pun siap kajian kemungkinan laluan Rel Pantai Timur yang dicadangkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di kawasan berkenaan, perkhidmatan keretapi sedia ada dari Kerteh Ke Kuantan telah pun ‘tidur’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MILS (MISC Integrated Logistics Services management) syarikat induk logistik milik Malaysia International Shipping Coporation (MISC) telah memberi notis penamatan khidmat Operasi dan Penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Ketua Operasi Wilayah Timur MILS, notis penamatan perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan KTMB dibuat berdasarkan minit mesyuarat pada 17 ogos, 2010.

Penamatan tersebut adalah kerana MILS telah membuat keputusan untuk ‘mentawakufkan’ Perkhidmatan Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Raiway System – KKRS) kepada ‘mode bersiap siaga’ (standby mode) bermula 1 September lalu dan menamatkan perkhidmatan tersebut sepenuhnya pada 1 November depan.

Nampaknya kerajaan Malaysia dan Petronas benar-benar menghadapi masalah!

Respon kepada pemberhentian khidmat keretapi tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat menggesa supaya satu siasatan dilakukan segera bagi mengenal pasti, apakah punca sebenarnya khidmat keretapi tersebut terpaksa dihentikan.

Beliau yang dihubungi melalui laman sosial ‘face book’ turut menggesa pihak penerangan PAS Terengganu supaya mengikuti perkembangan isu terbaru ini dan menyebarkan kepada seluruh rakyat.

”Bukan sikit duit rakyat (dibelanjakan) takkan (lepas ni) nak jual rel jadi besi buruk sahaja,”ujarnya.

Terdahalu, dalam laman blognya, Ustaz Satiful yang juga bekas ADUN Paka melahirkan rasa kesal kerana perkhidmatan keretapi yang bau berusia enam tahun itu telah dihentikan.

”Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah dihentikan, amat malang landasan keretapi yang dibina dan beroperasi di zaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 November 2010 ini,

”di zaman pemerintahan Umno-BN yang (kononnya) hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat,”tegasnya

Pembinaan landasan keretapi sepanjang 86km (atau 72km) dibiaya oleh Petronas dengan kontrak pembinaannya telah diberi kepada beberapa buah syarikat kroni dengan harga RM800 juta.

Selepas Malaysia International Shipping Coperation (MISC) di selamatkan (bail-out) oleh Petronas dalam tragedi krisi ekonomi 1998, Petronas menngembangkan MISC kepada perkhidmatan pengangkutan dilautan kepada bersepadu termasuk pengangkutan daratan.

Oleh kerana pembinaan landasan keretapi Kerteh ke Kuantan menggunakan wang Petronas, setelah siap dibina ia memulakan roperasi mulai 1hb.April 2004.dibawah kendalian MISC Trucking & Warehousing Services Sdn. Bhd. (MTW) anak syarikat kumpulan MISC Integrated Logistics (MILS).

Pada masa yang sama, beberapa kakitangan Jabatan Fleet dan Penyelenggaraan KTMB telah ditugaskan berkhidmat dan bertanggungjawab melaksanakan pengurusan operasi dan penyelenggaraan ke atas dua unit lokomotif  dan 52 unit gerabak untuk MISC Trucking and Warehousing Sdn Bhd

Ulasan