Ijtimak IdulFitri PERANTAU ; Sarat Persoalan PRU-13.

KUALA TERENGGANU - Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 2 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.


Bukan hanya soal fikrah perjuangan, aqidah dan pegangan, perhimpunan Ijtimak IdulFiri yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu itu telah merungkai kerangka persiapan PAS sebagai 'Kerajaan Menunggu' di negeri Terengganu dan pelan laluan (road map) ke Putrajaya.

Aqidah dan Perjuangan
Menurut  Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, aqidah dan perjuangan dan jamaah, tidak boleh dipisahkan.

"Apa jua yang dibicarakan, umpamanya ada signboar yang mengelirukan, jadi kalau Umno buat, dia kata kalau nak berjuang Islam mauk Umno, adakah Umno itu memperjuangkan Islam?"soalnya  ketika menjawab persoalan peserta Ijtimak, terdapat  papantanda 'signboard' yang mengelirukan aqidah.

Menurutnya, PAS mendidik masyarakat supaya memahami bahawa aqidah dan perjuangan adalah dua perkara yang seiringan.

Beliau menjelaskan, aqidah itu adalah iman dan perjuangan itu adalah jalan hidup dan teras kepada ceramah-ceramah PAS adalah isu pokok tentang aqidah.

Oleh itu katanya, makna aqidah itu membawa kepada perlaksanaan Islam dan keadilan sosial



Bilakah PRU-13?


Dalam pengalaman pilihanraya-pilihanraya yang lepas pilihanraya tiak pernah diadakan sebelum satu tempoh parlimen cukup tiga tahun. Oleh itu pada bulan Mac 2011 barulah cukup tiga tahun.

"Jadi kalau nak diadakan pilihanraya pun mestilah selapas bulan April 2011, tapi kalau paling lewat dia mesti sampai pada 2013, baru cukup lima tahun,

"maknanya selepas April 2011, bila-bila masa sahaja sehingga 2013, pilihanraya boleh diadakan,"kata Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali bagi menjelaskan teka teki bilakah pilihanraya umum ke 13 akan diadakan.

Ulasan