Ijtimak Kepimpinan PAS Ke 8 Pada 22 & 23 Oktober

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/ijtimak2009.jpgBatu Rakit, SETIU - PAS Terengganu akan menganjurkan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali ke 8 tahun ini pada 22 dan 23 Oktober depan di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

Ijtimak yang pertama kalinya berlangsung selama dua hari itu akan di 'tambah nilai' dengan acara pemuda dan muslimat,  bagi menyuntik 'sentuhan kepada masyarakat setempat' sebagai usaha menyemarakkan semangat menawan kembali 'Wisma Darul Iman'.

Menurut Pengarahnya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, seramai 10,000 orang pimpinan PAS pelbagai peringkat dijangka akan berhimpun untuk menyampaikan pandangan dan buah fikiran meningkatkan gerak kerja parti.

(Gambar - Imbas kembali, Ijtimak Kepimpinan PAS Kali ke 7, 2009, yang diadakan di Markaz tarbiah Kubang Lembek, Manir, Hulu Terengganu)

"InsyaAllah kita akan mengadakan satu Ijtimak Kepimpinan PAS TerengganuTahun 2010  kali ke 8, kit akan menghimpunkan semua kepimpinan parti disemua peringkat dari perhubungan negeri hingga ke cawangan-cawangan,

"kita mngjangkakan kehadiran semua mereka, InsyaAllah seramai 10,000 orang,"jelasnya dalam sidang media khas, hari ini, 19 September.

Katanya, Ijtimak Kepimpinan PAS kali ke 8 ini akan menyemarakkan gerak kerja dan menjana semangat persaudaraan ukhuwah Islamiyah bagi mengerakkan kerja dengan pelbagai acara.

Menurutnya program pelancaran akan diadakan pada malam 22 Oktober akan diadakan bersama pemimpin PAS termasuk pemimpin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Kedah dan Pulau Pinang.

Berita Lanjut akan menyusul

Ulasan