Ijtimak Tarbawi ; 2000 Pemuda 'Saf Hadapan' PAS Terengganu Berhimpun

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/ijtima%20banner.jpg
(Kemaskini - Ijtimak Program Paling 'Berprestij'- Kehadiran lebih 10 tokoh Tarbiyah dan Perkaderan PAS termasuk Mursyidul Am) KUALA TERENGGANU - Seramai 2000 Pemuda PAS Terengganu akan digerakkan menjadi tenaga utama 'Saf Hadapan' dalam Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Pusat yang akan di adakan di masjid Rusila Marang, pada 1, 2 dan 3 Oktober depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata 2000 orang akan menjalani latihan akhir bagi menjadi petugas pemuda 'Saf Hadapan' menghadapi pilihanraya umum yang ke -13 akan datang.

"kita akan mengambil peluang yang besar yang diadakan oleh (Dewan) Pemuda PAS Pusat untuk menggerakkan anak-anak muda (Terengganu) khususnya petugas-petugas pemuda (PAS Terengganu),
"kita akan menjangkakan petugas 'hardcore' pemuda (PAS) (daripada) seluruh negeri, kita akan kumpulkan 2000 (orang),"ujarnya ketika ditemui Buletinonline

Menurutnya, jumlah tersebut adalah separuh daripada anggaran kehadiran para pemuda seluruh negara yang disasarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 orang.yang akan menjadi 'murabitun', iaitu petugas utama Ijtimak tersebut

"daripada seluruh peserta dianggarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 (orang) lima puluh peratus, dari pada pemuda yang menjadi petugas utama murabitun adalah dikalangan pemuda pas negeri Terengganu, 2000 (orang) itulah yang menjadi petugas pemuda pas (saf hadapan) dalam pilihanraya umum akan datang,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2010 disifatkan sebagai program tarbiyah paling 'berprestij' dari siri-siri program yang dilaksanakan sebelumnya.

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abbas berkata, Ijtimak yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan lebih sepuluh tokoh-tokoh utama tarbiyah dan perkaderan dalam PAS.

"Daripada Dato' Seri Presiden PAS, Timbalan Presiden, Naib Presiden, hinggalah kepada Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, akan hadir dan mencurahkan ilmu serta pengalaman harakiah mereka kepada peserta Ijtimak.

"tidak ketinggalan, tokoh PAS yang mendapat tarbiyah langsung dari Ikhwan, Dato' Ustaz Haji Yahya Othman, mantan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan,"terang Wan Faizul.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pemuda mengambil kesempatan dan manfaat dari program Ijtimak ini untuk memantapkan ilmu perjuangan Islam, terutamanya sudut Fiqh al-Haraki, yang tidak diajar di mana-mana universiti

Tambah menarik lagi, kata Wan Faizul, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun memberi pengesahan untuk hadir merasmikan penutup Ijtimak pada malam 3 Oktober.

Ulasan

ABU ALIF berkata…
Saudara Pengarang : seronok dan menghibur dan melucu sekali membaca pojok tuan dalam buletinonline bertajuk "Syarikat Mek Hawa Cabul Alam Sekitar Tasik Kenyir" dan Utusan Malaysia hari ini pula keluar berita "Kelaba kecam pembalakan haram "Sekiranya aktiviti pembalakan 'dalam air' itu diteruskan, menurut jurucakap KELABA, ia akan memusnahkan 'sanktuari' habitat pembiakan semulajadi ikan di tasek berkenaan.

Menangani isu ini,sumber daripada Kerajaan Negeri memaklumkan kelulusan kerajaan kepada Wargesuria diberi setelah syarikat berkenaan mendapat perkenan daripada SPB YDP Agong dan DYMM Sultan Terengganu selaku pemegang amanah Taman Negar serta mendapat persetujuan daripada KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ketua Pengarah Perhilitan dan lain-lain Jabatan Teknikal.

Erti pembalakan disini telah dikelirukan pihak berkepentingan. Sebenarnya aktiviti ini adalah mengeluarkan kayu mati dasar tasik kenyir bagi membersih tasik ini dari kayu mati yang menghalang kemajuan pelancongan selaras dengan kelulusan Tasik ini sebagai Zon Bebas Cukai.

Kemusnahan alam sekitar tidak timbul kerana Prof Sulong Ibrahim dari UMT menyatakan " Dengan wujudnya aktiviti pembersihan pokok kayu mati dikawasan ini dapat meningkatkan kualiti air dikawasan ini kerana apabila kayu kayu tersebut terus mereput didalam air tanpa dikeluarkan ia memerlukan kira-kira 20 tahun untuk menjadikan kualiti air dikawasan itu bersih semula"

Isu kedua, Buletin juga maklumkan "Beliau turut mempersoalkan kepada siapa wang RM1 juta itu dibayar oleh pihak kontraktor Cina untuk mendapatkan kawasan balak berkenaan." Menjawab isu ini Pentadbiran negeri memberi ulasan bahawa perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan syariat bagi menyediakan laporan EIA yang diwajibkan kerajaan negeri sebelum kerja dimulakan serta kos-kos lain berkaitan permohonan ini memakan masa lebih daripada 5 tahun sebelum mendapat kelulusan.

Isu ketiga, Buletenonline melapor lagi bahawa Adun yang pernah menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan mantan MB, Dato’ Seri Idris Jusoh juga ‘marahkan’ Ahmad Said.

Menjawab isu ini Pentadbiran Negeri mengulas ADUN ini pernah "menggoncang pagar istana" marahkan Raja laintik DSAS sebagai MB. ADUN ini pernah memfitnah Dato' Wan Ahmad menghantar sms ugut bunuh kepadanya walaupun menerima sms drp nombor +31234567890.ADUN ini juga pernaH MENIPU RAKYAT MALAYSIA MELALUI KENYATAAN AKHBARNYA bahawa Wan Ahmad membuat repot polis bahawa telefon beliau hilang semasa isu sms, sedangkan perkara itu rekaan ADUN itu semata-mata.

Isu seterusnya Utusan keluar berita "KELABA KECAM PEMBALAKAN HARAM", Lagi ini satu fitnah kerana Syarikat Wargasuria telah mendapatkan kelulusan yang sah daripada kerajaan negeri dan Pusat.