Sekalung Doa Buat alMarhum Cikgu Mat Karim

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/almarhumcikgumatkarim1.jpgKUALA TERENGGANU - Sekalung doa daripada warga Buletinonline khusus kepada kepada mantan Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu, dikenali dengan panggilan Cikgu Mat Karim atau Mohamad Bin Karim, yang telah kembali ke rahmatuLlah pagi Ahad 26 September.

Solat Jenazah dan penyempurnaan jenazahnya telah diadakan selepas solat zuhur di masjid Simpang Empat, Chendering Kuala Terengganu, di imamkan oleh putera al-marhum sendiri Ustaz Abdul Rahman yang masih menuntut di Yaman.


Turut hadir adalah beberapa AJK PAS Kawasan dan Negeri termasuk Dato Haji Wan Mutallib Embong, Penasihat PAS Kawasan Kuala Terengganu, ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan  Omar dan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (gambar kanan) yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu serta orang ramai yang terdiri dikalangan para sahabat seperjuangan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/almarhumcikgumatkarim.jpgPemergian beliau amat dirasai kerana beliau bukan sahaja bergiat sebagai Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu, tetapi juga beberapa jawatan penting di peringkat Kawasan, DUN dan merupakan aktivis PAS yang sentiasa berkerja untuk kepentingan jemaah.

Pemergian beliau juga merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seisi keluarga, sahabat handai dan rakan taulan, namun Allah lebih menyayangi beliau, dan terlebih dulu, memanggilnya pulang.

Al-marhum meninggalkan 8 orang anak dan seorang isteri,  Puan Hajjah Shamsiah Abu Bakar seorang aktivis muslimat, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. amin, semoga Allah mengampuni, merahmati beliau dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Ucapan takziah kepada keluarga al-marhum dari Buketinonline disampaikan sendiri kepada salah seorang puteranya, Mohd Sabri Che Mat, seorang pekerja PERWAJA ketika dihubungi petang Ahad.(Berita dan Gambar Oleh Amri Zaki via Facebook)

Ulasan