Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

- ADUN Sura Teruskan Khidmat Bakti
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/adunsurasumbang.JPG- 215 Pelajar Miskin Dan Yatim DUN Sura Terima Sumbangan Pakaian Sekolah
DUNGUN
: Dengan sokongan padu seluruh warga Sura, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut dapat meneruskan khidmat bakti sekaligus berjaya mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi musim baru persekolahan.

Bertunjangkan gerakkerja Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli pada 18 Disember lalu telah menyampaikan sumbangan pakaian sekolahk kepada 215 pelajar miskin dan anak-anak yatim.

Walaupun tidak menerima sebarang peruntukan wakil rakyat yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan negeri YB Ustaz Wan Hassan dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

"wakil rakyat PAS akan terus bersama rintihan rakyat serta cuba meringankan bebanan yang dihadapi (rakyat) tanpa mengira fahaman politik walaupun dinafikan peruntukan oleh kerajaan (Umno/BN) yang memerintah,"jelasnya ketika berucap dalam Majlis yang diadakan di Surau Haji Omar Shukri, dekat sini.

Justeru, beliau memohon kerjasama daripada para penerima sumbangan supaya berdoa kepada Allah SWT supaya beliau dan para penyumbang bagi program tersebut dimurahkan rezeki serta diberi rahmat.

"InsyaAllah, Allah akan menolong mereka-mereka yang menolong Allah di jalanNya dan memberikan bantuan kepada mereka yang susah dan berhajat adalah termasuk dalam Fi-SabiliLlah,"tambahnya.

Buletinonline dimaklumkan, pada majlis yang sama, selain bantuan persekolahan, Ustaz Wan Hassan turut menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan 'kesan kenaikan harga barang' kepada 158 keluarga.

Ulasan