Habis Elaun Untuk Berkhidmat Kepada Masyarakat

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9764.JPG- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN -  Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,


"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat, 

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,

Ulasan