Piala Suzuki AFF; Pemain Terengganu sepatutnya dapat rumah/ 'apartment'

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/juara2001.jpgKUALA TERENGGANU - Sepuluh tahun yang lalu, tanggal 3 November 2001, pasukan bolasepak negeri Terengganu menjadi juara Piala Malaysia musim edisi ke-25 setelah menewaskan pasukan bolasepak negeri Perak dengan jaringan 2-1.

Tahun 2001 merupakan tahun gemilang bagi pasukan bolasepak Terengganu kerana telah menyapu bersih dua gelaran berprestij dalam arena bolasepak Malaysia.

(Gambar - sedutan video perlawanan piala Malaysia akhir 2001, Sapian Wahid menjadi 'hero' apabila menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir - lihat video klip dibawah)

Pada permulaan musim, tanggal 1 April 2001, Terengganu merangkul Piala Sumbangsih selepas menang bergaya 4-0 ke atas Perak di gelanggang sendiri, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu..

Permainan sepak mula musim 2001 dibuka tirainya oleh Pasukan Terengganu kerana pada tahun 2000, Terengganu merupakan Juara Piala FA.

Setahun sebelum itu, pada tahun 1999, PAS telah berjaya memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu dan telah membentuk kerajaan baru.

Ramai yang mengatakan ketika itu, kejayaan pasukan bolasepak negeri Terengganu meraih tiga ge;aranl juara Piala FA, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia adalah kerana 'berkat Tok Guru' yang menjadi menjadi Menteri Besar Negeri Terengganu ketika itu.

"Oleh kerana kejayaan berganda tersebut, Menteri Besar (ketika itu), Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri telah menghadiah tanah lot kediaman di daerah Kuala Terengganu kepada semua pemain dan jurulath pasukan Terengganu,"ujar Haji Muhyidin Abdul Rashid, Bendahari PAS Terengganu, yang menjadi Ketua Pemuda PAS ketika itu.

Menurut Haji Muhyidin, kerajaan PAS Terengganu adalah pemula dan pelopor kepada anugerah tanah yang diberikan kepada ahli-ahli sukan tanah air.

Katanya, 'belum pernah sebelum itu' mana-mana kerajaan, samada kerajaan pusat atau negeri mengiktiraf jasa ahli sukan dan diberikan anugerah sedemikian.

Beliau menegaskan, pemberian tanah adalah kekal kepada mereka berbanding ganjaran wang ringgit yang hanya bersifat sementara.

Sehubungan itu, ketika ditanya tindakan kerajaan negeri kini turut memberikan lot tanah kepada anak Terengganu yang bermain dengan Piala Suzuki AFF, beliau berkata, kerajaan Umno/BN Terengganu sebenar ketandusan idea.

"Selepas 10 tahun BN masih tidak ada idea baru....... ,"katanya yang menambah, sepatutnya kerajaan Terengganu menghadiahkan rumah kepada para pemain yang telah mengharumkan nama Malaysia dan Terengganu ke persada antarabangsa.

"Kalau orang dhaif boleh diberi rumah, mengapa orang yang berjasa dan harumkan nama negeri, kerajaan (Umno) tak sanggup berikan sebuah rumah atau apartment,

"untuk masa depan keluarga mereka (pemain tersebut),"soal Haji Muhyidin sambil mencadangkannya kepada pihak kerajaan

Ulasan