Mangsa ombak besar; kerajaan mesti bertanggungjawab


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/ombakbesar1.jpgChukai, KEMAMAN –  Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) negeri Terengganu mesti bertanggungjawab sekiranya berlaku malapetaka yang lebih serius kepada lima keluarga yang terlibat dengan kejadian ombak besar.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata kerajaan gagal mengambil tindakan memindahkan 34 mangsaomabak besar ke tempat yang lebih selamat dan terus mendedahkan mereka kepada risiko.

(Gambar - Haji Hanafiah menunjukkan salah satu rumah yang paling berisiko)

"Kerajaan Umno dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said yang juga orang kelahiran Kemaman gagal mengambil tindakan menyelamatkan mereka,

"JKKK sepatutnya memindahkan mereka kepada tempat yang lebih selamat secara kekal, bukan hanya berlindung sementara samada di balai raya atau di surau,"ujar Haji Hanafiah selepas melawat mangsa ombak itu tersebut semalam.

Menurutnya, beliau diberitahu oleh keluarga terbabit, mereka telah memohon tanah daripada kerajaan negeri, namun sehingga kini masih tidak dilayan.

Sedangkan kata beliau, kerajaan sedia maklum bahawa penduduk terbabit berdepan risiko rumah mereka akan ranap ditelan ombak sekiranya keadaan ombak besar berterusan.

Katanya, walaupun pihak-pihak berkenaan telah datang melawat mangsa-mangsa terbabit, tiada tindakan apa-apa yang diambil.

"Saya dimaklumkan, pihak berkuasa telah pun datang, tapi menurut mereka yang ternbabit tiada apa-apa tindakan yang meyakinkan,

"mereka telah memohon tanah tapak kediaman daripada kerajaan sekarang, tapi tidak dilayan,"jelasnya.

Menurutnya, masih ada tanah lot untuk rumah kediaman yang kosong di Paya Berenjut, dimana, mangsa-mangsa ombak besar boleh diberikan tanah tersebut dan berpindah secara kekal.

Sebuah akhbar tempatan minggu lalu melaporkan, lima keluarga di Kampung Geliga Baru terpaksa dipindahkan kerana berdepan dengan ombak besar yang mengancam kehidupan mereka.

Akhbar tersebut turut melaporkan pihak Jabatan Kebajikan, wakil rakyat dan beberapa agensi lain yang datang memberikan bantuan tetapi memindahkan mereka ke sebuah surau

Ulasan