PAS Terengganu lancar jentera awal untuk semangat PGU

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/lancartelukpasu%20077.jpg- hantar 300 petugas mahir untuk DUN Merlimau
KUALA NERUS - PAS Terengganu akan menghantar 300 petugas mahir bagi membantu jentera pilihanraya PAS negeri Melaka dalam pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Merlimau, Melaka, bermula Jumaat 18 Februari.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata para petugas tersebut akan berangkat de DUN Merlimau dalam tiga gelombang, setiap satu mempunyai 100 orang kekuatan.

"untuk pilihanraya kecil DUN Merlimau Melaka, InsyaAllah esok (Jumaat 18 Feb) kita akan pergi rombongan yang pertama, sehingga ke hari (pengundian) pilihanraya, InsyaAllah tiga gelombang (petugas akan pergi),

"kita (PAS Terengganu) sasarkan pada kali ini 100 orang setia satu gelombang, (semuanya) 300 orang,"katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Teluk Pasu, di Masjid Banggol Peradong, disini, Khamis 17 Februari.

Menurutnya, kali ini jentera PAS Terengganu akan ditempatkan di Daerah Mengundi Pekan Merlimau.

Sehubungan itu, beliau berkata, jentera pilihanraya DUN Teluk Pasu yang dilancarkan malam itu adalah merupakan DUN ke 15 yang telah dilancarkan jenteranya  oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menolak dakwaan bahawa pelancaran jentera pilihanraya DUN yang dilaksanakan adalah terlalu awal, berbanding tarikh pilihanraya yang belum diketahui.

Katanya, ia sudah sampai masanya gema pilihanraya perlu didendangkan.

"Sudah sampai masnya, sudah tiga tahun (sejak pilihanraya 2008), Perdana Menteri boleh bila-bila masa selepas bulan tiga (Mac) ini, lancarkan pilihanraya, kita buat persiapan awal pada kali ini, untuk (menaikkan) semangat 'PAS Ganti Umno (PGU),"jelasnya.

Katanya, pelancaran jentera bagi semua DUN sepatutnya dapat dislesaikan pada hujung Februari, namun kerana kesibukkan menghadapi dua lagi pilihanraya, PRK Merlimau dan PRK Kerdau, ia dijangka akan dapat dihabiskan pada akhir bulan Mac.

Menurutnya, sasaran tenaga kerja bagi satu-satu jentera pilihanraya DUN itu adalah sekurang-kurangnya 100 petugas tegar.

Namun, katanya, 1000 orang petugas telah hadir dalam pelancaran jentera pilihanraya DUN Teluk Pasu

Ulasan