
Bahkan, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Umno-BN gagal melonjakkan undi sehingga 2000 walaupun telah menggunakan jentera kerajaan secara 'melampau' dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
"Tidak ada pukulan maut, kerana perjalanan pilihanraya kecil Kerdau jika dibuat perbandingan hampir sama dengan pilihanraya kecil Ijok, Najib (Perdana Menteri) tidak boleh menyimpulkan kemenangan di Kerdau sebagai kembalinya sokongan rakyat kepada Umno-BN,"ujarnya ketika dihubungi
Beliau berkata demikian mengulas perjalanan PRK Kerdau yang memihak kepada BN dengan majoriti 2,724 meningkat sekitar seribu undi daripada keputusan pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008
Ulasan