Presiden PAS rasmikan bangunan Pasti As-Solihin


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan pembukaan bangunan Pasti as-Solihin yang berharga RM300,000, di Kampung Tok Nasek disini, semalam, 25 Mac

Bangunan dua tingkat yang mempunyai lapan bilik termasuk sebuah dewan dan sebuah pejabat, dimulakan pembinaan secara beransur-ansur sejak setahun setengah yang lalu.

Ketua PAS Cawangan Gong Tasek menyifatkan kejayaan mendirikan bangunan pasti yang serba moden itu adalah lambang penyatuan ahli-ahli dan penyokong PAS.

Beliau mengucapkan syukur kehadrat Allah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau tenaga, sehingga tertegaknya bangunan yang tersergam indah itu.
Pengarah Pasti negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata, pembinaan bangunan Pasti itu adalah satu bukti bahawa PAS mampu kembali memerintah negeri Terengganu.

Turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat, ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar dan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukari Abdullah.

Ulasan