'Kapten' baru Kuala Nerus dapat realisasikan PGU

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagungknerus%20033.jpg- Kawasan Marang kekal yang lama. KUALA TERENGGANU - Pemilihan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-34 hari ini, 23 April menyaksikan PAS kawasan tersebut mendapat Yang DiPertua (YDP) baru.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga bekas Timbalan YDP Cikgu Shukrimun Shamsuddin telah dipilih melalui undi sulit dikalangan ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih, setelah pemilihan dibuat secara segugus.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak dipilih sebagai TimbalanYDP dan Bekas ADUN Teuk Pasu  Ustaz Ismail Mamat sebagai Naib YDP.

[Gambar kanan atas - Shukrimun berbaju gelap (no.3 dari kiri hadapan) menggantikan Ustaz Abu Bakar Abdullah, (paling kiri hadapan)]

Penyandang YDP, Ustaz Abu Bajar Abdullah dipilih sebagai Ketua Urusan Ulamak.

Dr Alias ketika dihubungi berkata peranan dan tanggungjawab tidak banyak berbeza samada selaku TYDP sekarang atau NYDP sebelum

"Dari segi peranan dan tanggungjawab tak banyak beza sangat. Ia bergantung (kepada) apa Lujnah yang akan diamanahkan nanti,"ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/HDPP%20hadirkawasanmarang.jpgMenurutnya, beliau berharap dengan mesyuarat agung yang berlangsung pada hari ini, akan dapat merealisasikan kemenangan di peringkat parlimen dan empat dun dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"harapan kita sudah tentu nak menang di empat dun dan perlimen dalam pru-13 nanti. Semuga semua ahli, AJK yang baru dilantik dengan kapten (YDP) baru dapat beri komitmen yang maksima bagi merealisasikan slogan PGU (PAS Ganti Umno).

Manakala ahli-ahli PAS Kawasan Marang yang turut bermesyuarat agung pada hari ini, menutuskan untuk mengekalkan 'kapten dan ahli-ahli jawatankuasa pada sesi lalu.

[Gambar kanan bawah - ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Marang turut hadir dalam mesyuarat agung PAS Marang]

Mesyuarat Agung Kuala Nerus yang diadakan di Masjid Taqwa Batu Enam dirasmikan oleh Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Manakala PAS Marang yang mengadakan mesyuaratnya di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Harun Din

Ulasan