PAS DUN Sura letak kerja pembinaan bangunan


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pelancaranbangunansura.JPGDUNGUN - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura melangkah setapak, maju kehadapan dengan meletakkan kerja bagi membangunkan sebuah bangunan untuk pentadbiran DUN terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Ramli berkata DUN Sura sangat berhajat kepada sebuah bangunan kerana Majlis Tindakan DUN (MTD) terpaksa menyewa premis sebelum ini.

Menurutnya bangunan tersebut akan dibina di Kampung Molek, dekat sini, aakan diguna sama oleh pihak MTD dan Cawangan Kampung Molek

"Kita sangat mustahak kepada pembinaan bangunan ini, kerana kita terpaksa menyewa sebelum ini, kita cari tapak (untuk bina bangunan) akhirnya ada tapak yang telah diwakafkan di Cawangan Kampung Molek,

"(oleh kerana asal) tapak tersebut untuk pembinaan (markaz) cawangan itu sendiri, dengan persetujuan, kita akan kongsi (bangunan) itu bersama,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Dana Pembinaan Bangunan DUN Sura, disini, Khamis 28 April.

[Gambar - Dato' Mustafa Ali menyusun batu-bta, sebagai 'gimik' letak kerja membina bangunan DUN Sura]

Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali yang juga mantan Yang DiPertua PAS Dungun, diberikan penghormatan melancarkan Dana Tabung Bangunan DUN Sura terbabit.

Ustaz Wan Hassan menambah, dengan terbinanya bangunan DUN Sura tersebut, InsyaAllah ia akan jadi kubu kuat yang akan terus dimenangi oleh PAS.

"Kalau boleh DUN Sura ni jadi kubu kuat PAS, yang Umno tak boleh mari dah dekat kita,"tegasnya

Ulasan