Pemuda sudah 'berbondong' menyertai PAS


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/azmanshapawi2.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Pusat mempertahankan kepimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

Timbalan Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Malah, katanya sambutan rakyat, dikalangan orang muda, bukan Islam Cina dan India terhadap PAS sangat memberangsangkan di seluruh negara.


“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya (PRU Ke-13) akan datang.

“Hari ini, anak-anak muda bersama dengan PAS, para pemuda berbondong-bondong menyertai PAS, orang tionghua (Cina) berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” jelasnya ketika dihubungi.

Justeru itu, katanya kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa bertanding jawatan Presiden PAS dalam Muktamar Jun ini.

Ustaz Azman menjelaskan alasan bagi menukar presiden parti kerana kepimpinan baru itu dilihat mampu menarik golongan muda menghadapi pilihan raya umum ke-13 adalah tidak tepat.

Menurutnya, tidak ada kajian dibuat membuktikan kemerosotan sokongan golongan muda sekarang terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

“Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.

“Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar Presiden PAS bukan isunya, walau pun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan Perlembagaan PAS,” jelasnya.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu ke jawatan Timbalan Presiden. Manakala, tiga jawatan Naib Presidennya dicalonkan kepada Salahuddin Ayob, Dato’ Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ulasan