Sidang DUN Kali Pertama Penggal Ke Empat Pada Mei depan


KUALA  TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri Terengganu akan mengadakan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat bagi Dewan Undangan Negeri ke Dua Belas dari 9hb Mei hingga 12 Mei, 2011.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberitahu Buletinonline, beliau telah mendapat notis sidang tersebut dan telah pun memanggil satu mesyuarat diantara Ahli-ahli Yang Berhormat dari PAS bagi membincangkan soalan-soalan yang akan dikemukakan.

"Saya telah mendapat notis sidang DUN dan penyelaras Hal Ehwal DUN, Badan Pehubungan PAS Negeri Terengganu telah pun memanggil mensyuarat, bagi menyelaraskan perkara-perkara berkaitan,"ujarnya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, PAS melalui lapan wakil rakyatnya akan mengingatkan dan menegur kerajaan negeri berkenaan janji-janji yang belum dilaksakan dan projek-projek yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

"Banyak janji-janji kerajaan khususnya Menteri Besar kepada rakyat yang tidak dilaksanakan, ada yang dilaksanakan 'umpama melelepaskan batuk ditangga' dan ada yang tidak dilaksanakan terus,

"ada juga projek kerajaan yang membazirkan wang rakyat kerana penyelewengan dan salah urus,'jelasnya.

Antaranya, menurut beliau adalah perlaksanaan pembinaan Fasa 2 Lebuhraya Pantai Timur yang menggunakan Dana Khas iaitu wang royalti Petroleum, wang hasil minyak yang dianugerahkan Allah kepada rakyat Terengganu.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan memberikan projek-projek tersebut kepada syarikat-syarikat 'kroni' yang ada hubungkaitnya secara langsung dengan pemimpin Umno menyebabkan kerugian.

"ada syarikat OKU (Orang Kuat Umno) yang buat projek LPT, buat hanya 15%, kemudian buat tuntutan kewangan, lepas tu tak buat-buat dan tinggal terus,

"sekarang kerajaan terpaksa keluarkan semula tender dengan harga baru, bukan sahaj tingkatkan kos, malah menjadikan projek tersebut lambat,"tegasnya.

Ulasan