Ahmad Said angkuh, tidak bertanggungjawab

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/memorandum4a.JPG- tolak memorandum rakyat, sebelum baca isi kandungan
KUALA TERENGGANU
– Slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ hanya slogan kosong dan tidak membawa erti apa-apa, apabila Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said menolak memorandum rakyat yang dihantar kepada beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah Banggol Donas, Encik Salleh Embong amat kecewa kerana Ahmad Said membuat keputusan menolak memorandum Jawatankuasa terbabit sebelum membaca isi kandungannya.

”Saya amat kecewa, saya kecewa kerana YAB Menteri Besar, belum baca dah buat keputusan tak boleh ubah, saya amat kecewa sebagai pemimpin kerajaan negeri, membuat keputusan sebelum membaca apa yang terkandung,

”dia baca dululah, ini dia ‘jump in to conclusion’, ini bukan rakyat didahulukan, kalau rakyat didahulukan, kmi ni rakyat mari (datang) entertaint (rai) kita,”tegasnya ketika ditemui selepas gagal menyerahkan memorandum berkenaan.

Encik Salleh Embong menyampaikan memorandum tersebut kepada Ahmad di Lobi Dewan Undangan Negeri, kira-kira jam 11 pagi, Rabu 11 Mei.

[Gambar - Ahmad cuma membelek-belek memorandum dan terus membuat keputusan, sebelum membaca isi kandungan]

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr Alias Razak mendakwa pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu merupakan satu usaha terancang untuk ‘menghalau’ orang Melayu Islam.

”Saya dah sebut dalam Dewan (Sidang DUN) semalam dalam ucapan, saya kaitkan dengan tapak Metro Pacific, Taman Semarak,

”dimana satu proses orang Melayu secara perlahan-lahan (dan) terancang dihalau dari tanah warisan mereka,”jelasnya yang turut sama ketika Encik Salleh cuba menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.

Menurutnya, kesan buruk pembangunan tersebut tidak dilihat dengan segera, tatpi suatu masa nanti akan berlaku, orang-orang Melayu tidak memiliki tanah lagi.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, mereka-mereka yang diarahkan pindah kerana projek-projek pembangunan tidak ada arah tuju kerana tidak dibayar pampasan setimpal dan tidak diganti tanah mereka.

”yang dipindah ini, dimana mereka nak pindah, rumah tidak dibayar (setimpal) tanah tidak diberi, nak pacak rumah dimana,

”kalau dirombak (dirobohkan) rumah mereka dimana mereka nak tinggal,”soalnya.

Menurutnya, sebagai kerajaan bagi orang-orang Melayu dan Islam, sepatutnya kerajaan Umno-BN bertanggungjawab.

Beliau turut kesal dengan tindakan Ahmad Said yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan penduduk dan ‘berkeras’ hati.

”Sepatutnya Menteri Besar tak jawab begitu, dia (sepatutnya) kaji semula, bincang dengan rakyat jumpa dengan penduduk dan cari jalan penyelesaian,

”bukan ‘berkeras’ macam itu, (ia) sikap seorang Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab,”tegasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cikgu Fariz Musa menyifatkan Ahmad Said sebagai pemimpim Umno yang sombong dan angkuh.

”Kita (Parti Keadilan Rakyat) menyelar sikap kasar MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang menolak mentah-mentah memorandum rakyat yang disampaikan oleh wakil penduduk Kg. Banggol Donas dengan alasan bahawa projek pembinaan jalan daripada Kampung. Jeram ke Kampung. Banggol Tuan Muda , Manir , Kuala Terenganu telah pun di'gazet'kan oleh pihak kerajaan ,”ujatrnya ketika ditemui.

Menurutnya sikap sambil lewa dan tidak mesra rakyat yg ditonjolkan secara jelas membuktikan bahawa slogan 'Rakyat didahulukan' hanyalah retorik semata-mata .

Katanya perjuangan para penduduk Kampung. Banggol Donas bukanlah baru bermula dengan penyerahan memorandum tersebut .

”Ianya telah berkelangsungan sejak tahun 2008 lagi iaitu apabila maklumat dan terpacaknya papan tanda projek runding terus jalan tersebut. Dengan kata lain sebelum disah dan digazetkan oleh pihak kerajaan negeri,”tegasnya

Ktanya, pelbagai usaha yg dibuat oleh para penduduk termasuklah membuat petisyen membantah tindakan jajaran jalan tersebut yang bakal merobohkan rumah mereka. Sejumlah 22 buah rumah rakyat bakal dirobohkan .

[Dengar kekecewaan Encik Salleh, komen Fariz dan komen YB Dr Alias di Buletinonline Radio]

Ulasan