PAS Terengganu kenalpasti calon PRU-13

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/ariffinapril2011.jpgKUALA TERENGANU - PAS Terengganu telah mengambil langkah awal mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kajian terperinci berkaitan dengannya telah siap dilaksanakan bagi kesemua tiga puluh dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen.


"Di Terengganu ini.....calon (PAS) di negeri Terengganu ini (yang akan bertanding) kita telah menyelesaikan kesemuanya kawasan-kawan (parlimen) dan DUN-DUN lebih awal,

"kita (PAS) sudah buat kajian bermula dari Besut hingga ke Kemaman,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam untuk Dana Pendidikan anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu, disini, Jumaat 29 April.

Menurutnya, berdasarkan kajian tersebut, PAS Terengganu akan memilih calon-calon yang paling layak untuk bertanding,

Ulasan