Pemuda PAS diharap 'pikat' puteri Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita45/aba.jpgKUALA NERUS - Pemuda PAS diharap menjadi 'idola' kepada pemuda-pemuda lain dan dapat 'memikat' puteri Umno supaya dapat bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Abu Bakar Abdullah peningkatan sokongan dikalangan orang-orang muda kepada PAS akan dapat menewaskan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kita (PAS) mengarapkan pemuda-pemuda (PAS khususnya) dalam DUN Tepoh menjadi idola, kepada pemuda-pemuda lain, dengan (menunjukkan) semangat yang tinggi dan istiqamah,


"dengan kebangkitan yang berlaku, kita harap bukan sahaja kita dapat memikat pemuda dikalangan Barisan Nasional, termasuk Puterii-puteri mereka, InsyaAllah kita kena pikat (puteri Umno),"ujar Ustaz Abu Bakar yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Tepoh.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan saf kepimpinan baru DUIN di Tepoh, di Gong Badak, dekat sini, 4 April.

Menurutnya, golongan pengundi muda yang berumur diantara 21 hingga 30 tahun akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Beliau yakin dan percaya dengan kemampuan, pemimpin pemuda PAS akan dapat menawan kembali DUN Tepoh dari Umno dan Barisan Nasional.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Rudzuan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus.

Ulasan