Menyindir, mempersendakan syariat Allah samada dengan tulisan atau lukisan membawa murtad

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memperingatkan seluruh umat Islam supaya tidak menyentuh undang-undang Allah SWT.

Menurutnya, adalah salah bagi seseorang Islam mempersenda, menghina dan memperlekehkan undang-undang syariah umpamanya melukis karakatur (kartun).

Katanya, merujuk kepada kitab Mustika Hadis Jilid Pertama, yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri.perbuatan seumpama itu boleh membawa 'murtad'.


"macam lukis kartun, buat (meng)hina, mempersenda (dan) memperlekeh undang-undang Allah Ta'ala, itu dirujuk kepada kitab Mustika Hadis, boleh membawa murtad,"tegasnya dalam sidang media selepas menyampaikan watikah perlantikan Exco Pemuda PAS Malaysia disini.

Beliau berkata, sepatutnya para mufti membuat kenyataan tentang perkara berkaitan.

Sebelumnya, beliau menyeru supaya kes yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim samada kes video seks, liwat dan sebagainya, supaya diselesaikan menurut hukum Islam.

Katanya, hukum Islam sahaja yang dapat menyelesaikan kes-kes terbabit.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, menurut undang-undang British, yang diambil daripada undang-undang Islam, seseorang yang dituduh tidak bersalah sehingga doibuktikan bersalah.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan peguam berkenaan yang yakin 99% pelaku dalam video seks adalah Anwar.

"bukan soal percaya atau tidak percaya, mesti kembali kepada undang-undang Islam, dan mengikut kaedah perundangan Islam yang dipakai perundangan British,

"orang yang dituduh tidak bersalah, selagi tidak dibuktikan,"katanya.

Ulasan