Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan; tanah rakyat yang kena rampas, orang muda ramai Muflis

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kerajaan Umno Terengganu menggunakan slogan merakyatkan pembangunan dan pentadbiran, tetapi pada hakikatnya menzalimi rakyat dan merampas tanah rakyat.

Menurutnya pentadbiran dan pengurusan Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar, semakin buruk dan bercelaru.

Katanya, kerajaan Terengganu merampas tanah rakyat dalam dua kes; pembinaan jalan di Kampung Banggol Donas dan pembinaan istana baru di Chendering.


"Waktu Mad said dua perkara berlaku, yang pertama nak buat jalan (dan) jambatan baru di Banggol Donas, hok tu dia rampas (tanah rakyat) dia masuk bodoh.

"yang kedua (kontraktor Umno) dapat projek buat istana baru di Bukit Chendering, potong bukit tambun tanah atas tanah (milik) rakyat"ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Gong Kassim, Marang pada Jumaat 17 Jun.

Menurutnya, setelah tuan tanah tersebut membuat laporan polis dan tiada apa-apa tindakan yang diambil, akhirrnya beliau membuat semakan di pejabat tanah.

"Geran di pejabat tanah dan geran (pemilik) tanah, memang (sah) hak dia, milik dia, tetapi apabila pergi ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri,

"baru tahu (rupanya tanah tersebut) telah diserahkan kepada kontraktor yang buat kerja,"jelas Haji Wahid





41 orang muflis setiap hari

Sebelum itu, di Chukai, Kemaman pada 16 Jun, beliau berkata pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat secara berfakta berkenaan segala penyelewengan Umno-BN.

Menurutnya kebenaran 'pembongkaran' salah laku Umno/BN itu mula disedari apabila kesannya dirasai secara langsung oleh rakyat.

“Mereka (Umno-BN) cukup bimbang bila pendedahan demi pendedahan. Kita (PAS) bercakap, kita (Pakatan Rakyat) dedahkan ‘benda’ (perkara) fakta yang memang realiti berlaku dan rakyat sekarang sudah mulai rasa.

“Kita bercakap soal kenaikan harga barang sekarang ini semakin parah. Apabila berlaku kenaikan harga minyak, gas, tarif elektrik dan sebagainya

“Kesan kenaikan harga barang-barang juga berlaku akibat penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara,” tegasnya di Chukai pada 16 Jun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu melahirkan kebimbangan apabila berlaku peningkatan mendadak jumlah rakyat Malaysia yang menjadi bangkrap dan muflis.

Katanya, kerajaan yang menjadikan rakyat bankrap dan muflis sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti.

“Sebab apa muda-muda bangkrap, keluar Universiti sahaja sudah berhutang dengan kerajaan, kerja tidak ada lagi sudah berhutang RM20,000 hingga RM30,000 seorang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Sampai ke peringkat jumlah rakyat Malaysia yang sekarang ini tiap-tiap hari 41 orang bangkrap. Jumlah muflis di kalangan anak muda sekarang ini yang berumur 25 hingga 34 tahun yang telah diistiharkan bangkrap seramai 13,128 orang.

“Mereka yang berumur 25 hingga 44 tahun, meningkat lagi telah menjadi bangkrap seramai 38,357 orang dalam tempoh 65 bulan sehingga bulan Mei 2010,” ujarnya

Menurutnya, pemberian biasiswa oleh kerajaan serta pihak-pihak tertentu tidak lagi menyeluruh hingga menyusahkan rakyat.

Oleh itu, katanya rakyat perlu membuat perubahan dengan memberi mandat dalam pilihan raya kepada Pakatan Rakyat bagi membetulkan kepincangan tersebut.

Tambahnya lagi, usia pemerintahan Umno-BN yang terlalu lama penuh dengan penyelewengan dan rasuah menuntut kepada perubahan.

Ulasan