SPRM diminta siasat salah guna kuasa pembinaan jalan Jeram


KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk melakukan siasatan keatas pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Guntong yang disyakki melibatkan salah guna kuasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"Salah guna kuasa yang spesifiknya ialah (tindakan) tidak mematuhi akta pengambilan tanah 1990, (bertolak) dari situ, banyak benda (yang salah contohnya) tanah belum warta lagi, jalan dah buat,

"jauh sekali nak bayar (pampasan), belum warta lagi dah buat,"kata Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas.


Beliau berkata demikian kepada pihak media, selepas membuat laporan dan menyerahkan memorandum kepada SPRM negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, pada Ahad 12 Jun.

Menurutnya, pihak kerajaan Terengganu, khususnya Menteri Besar tidak menjawab surat yang dihantar oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkaitan isu tersebut.

Katanya, sehingga hari ini, kerajaan negeri juga gagal mematuhi arahan Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) yang meminta supaya diadakan perbincangan dengan pemilik tanah terbabit.

"Saya dah pergi SUHAKAM, SUHAKAM sudah tulis surat kepada kerajaan negeri, tapi nampaknya tidak ada tindakan, dan baru-baru ini pun kita tulis surat kepada Perdana Menteri,

"dan ada salinan surat pada saya melalui pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dia minta laporan daripada pejabat Menteri Besar berhubung jajaran ini, projek ini, minta laporan,

"kemudian dia (KPLB) minta supaya diadakan perbincangan, (namun) sehingga hari ini tidak ada satu perbincangan pun,"jelasnya kesal.

Beliau sangat dukacita dengan sikap kerajaan yang 'berlepas tangan' tidak menjawab surat dan gagal mengadakan perbincangan dengan penduduk yang terlibat.

Sedangkan, menurutnya projek tersebut terus berjalan dan kontraktor terus melaksanakan kerja tanpa henti.

Pada 11 Mei, lalu, Encik Salleh turut cuba menyerahkan memorandum kepada Mnteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said, namun ianya ditolak mentah-mentah, sebelum dokumen tersebut dibaca dan teliti.

Konraktor utama pembinaan jalan sepanjang 7 kilometer yang berharga RM250 juta adalah M.Z.Hakujaya, milik Ketua Pemuda Umno Terengganu.

Ulasan