'Generasi 709' teruskan tekad PAS Ganti Umno (PGU)

KUALA NERUS - Generasi muda PAS yang menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah generasi yang akan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di negeri Terengganu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, generasi yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Generasi 709' sedang membawa tekad 'PAS Ganti Umno' (PGU).

"Mereka serius dalam usaha menjatuhkan kerjaan Umno-BN melalui pilihanraya, mereka mengusahakan sendri majlis-majlis kesyukuran dan mengajak lebih ramai rakan-rakan mereka supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang,"jelasnya.


Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Generasi 709 PAS Ganti Umno yang diadakan di Pekan Batu Enam dekat sini, pada Selasa malam, 19 Julai.

Katanya tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 adalah jelas dan munasabah kerana terdapat bukti yang jelas pilihanraya tidak berjalan dengan bersih dan adil.

"tujuan perlaksanaan tututan tersebut ialah supaya apa saja keputusan pilihanraya nanti dapat memuaskan semua pihak bagi mengelakkan dari terjadi perkara yg tidak diingini seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan lain-lain."ujarnya.

Beliau yang memenangi kerusi DUN Bukit Tunggal kali kedua pada pilihanraua umum ke 12 tahun 2008 berkata, soal seiapa menang dan kalah bukan ukuran bahawa pilihanraya dilaksanakan itu adil dan bersih.

Katanya, walaupun beliau menang, tetapi katanya perlaksanaan pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil yang diadakan berjalan atas 'padang yang tidak sama rata'.

"Namun Umno-BN menolak sekeras-kerasnya perlaksanaan tuntutan ini sehingga menyalah guna pasukan polis dan FRU menyebabkan berlaku kecederaan dan kematian dipihak peserta demonstrasi aman,

"merupakan tindakan yg tidak bertamadun serta mempunyai tujuan untuk mempertahankan kuasa melalui penipuan dalam pilihanraya,"tegasnya.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta bersih dari DUN Bukit Tunggal dan khususnya Pemuda PAS Cawangan Batu Enam yang telah menganjurkan majlis kesyukuran tersebut.

"teristimewa, ucapan tahniah dan terima kasih saya kepada mereka yang ditahan dalam himpunan tersebut,"katanya.

Ulasan