Najib bersihkan BERSIH dari fitnah

MARANG - Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alternatif kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, maka beliau sebenarnya telah menimbulkan keraguan yang melampau.

Bagi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah sekurang-kurangnya ada tiga keraguan yang melampau pada situasi sekarang ini.

Pertama ialah sejauh manakah kefahaman pimpinan Umno BN dalam memahami hak-hak yang terjamin didalam demokrasi. Antaranya ialah hak untuk berhimpun secara aman dimana-mana sahaja.


Tetapi beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata,  Umno menafikannya dengan mengarahkan perhimpunan itu mesti dibuat di stadium.

Keduanya apabila Perdana Menteri tiba-tiba bersetuju untuk membenarkan perhimpunan yang telah diisytiharkan gerakan komunis sebelum itu, maka dengan sendirinya tuduhan Bersih 2.0 adalah alat komunis sebenarnya fitnah.

Dan ketiga, memorandum dari rakyat yang hendak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, adakah munasabah ianya hendak diserahkan di stadium.

Ketiga-tiga hujah daripada Ustaz Mohd Nor ini, ternyata memerangkap Umno dan kuncu-kuncunya yang sudah tidak berdaya untuk menipu rakyat dengan fitnah-fitnah mereka.

“Ternyata komunis yang mereka kata itu hanyalah dogengan sahaja. Mana mungkin kerajaan akan berkompromi dengan gerakan bahaya seperti komunis atau subversif yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara,"katanya.

Jadi apa makna tuduhan yang mereka buat itu? Soal Ustaz Mohd Nor dan sekaligus menganggap Najib telah mem"bersih"kan Bersih 2.0 dari fitnah

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong akan turun mencemar duli ke stadium untuk menerima memorandum itu?

“Ini adalah cadangan yang pelik. Adakah tuanku akan turun ke stadium. Kita nak mengadap tuanku, sepatutnya di istana tempatnya”, ujarnya.

Maka dengan itu rakyat sepatutnya boleh menilai bahawa semua tindakan-tindakan Umno ke atas penggerak-penggerak Bersih 2.0 adalah tindakan yang tidak betul.

Beliau kemudiannya menyeru rakyat agar membuka minda mereka dalam memahami isu ini.

Ulasan